Seksyen 6
Mesyuarat Lembaga
of Akta Perpustakaan Negara 1972
ActIn forceProvision 6 of 15
Seksyen 6
(1)
Lembaga hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali setahun pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.
(2)
Pengerusi dan empat orang anggota Lembaga hendaklah membentuk suatu kuorum.
(3)
Lembaga boleh membuat kaedah-kaedahnya sendiri yang menentukan tatacara mesyuarat Lembaga dan perkara lain yang berkaitan dengannya.