National Library Act 1972 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Kumpulan Wang Perpustakaan Negara
8. Wang yang dikehendaki dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang itu
Feedback & supportWalau apa pun peruntukan Akta Tatacara Kewangan 1957, dan Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], hendaklah dimasukkan dari semasa ke semasa ke dalam Kumpulan Wang itu—
apa-apa jumlah wang yang diuntukkan oleh Parlimen daripada Kumpulan Wang Pembangunan atau selainnya bagi maksud kemajuan perpustakaan;
Perpustakaan Negara 11
wang yang diterima dengan cara derma atau pemberian wasiat bagi maksud Perpustakaan
bunga yang diterima daripada pelaburan wang yang ada dalam kredit Kumpulan wang itu;
mana-mana wang lain yang diterima oleh Kerajaan dalam sesuatu hal keadaan yang difikirkan sesuai oleh Menteri
Kewangan untuk dimasukkan ke dalam Kumpulan wang itu:
Dengan syarat bahawa mana-mana baki wang yang diterima oleh Kerajaan bagi maksud Perpustakaan sebelum tarikh yang ditetapkan, yang sepatutnya telah dimasukkan ke dalam Kumpulan
Wang itu di bawah subseksyen ini jika wang itu telah diterima pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, hendaklah dimasuk kira ke dalam Kumpulan Wang itu.
Wang yang disebut dalam perenggan (1)(a) hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang itu mengikut apa-apa jumlah wang dan pada bila-bila masa sebagaimana yang diarahkan oleh
Menteri Kewangan.