Seksyen 9
Penggunaan wang Kumpulan Wang
of Akta Perpustakaan Negara 1972
Walau apa pun peruntukan Akta Kumpulan Wang
Pembangunan 1966, wang yang ada dalam kredit Kumpulan Wang itu boleh digunakan oleh Ketua Pengarah bagi maksud yang berikut:
(a)
bayaran bagi harga tapak bina, pembinaan dan penyambungan bangunan, dan kelengkapan untuk
Perpustakaan;
(b)
bayaran bagi perbelanjaan perundingan untuk kemajuan perpustakaan;
(c)
bayaran bagi harga sumber dan perkhidmatan perpustakaan yang diperoleh bagi maksud kemajuan perpustakaan;
(d)
apa-apa bayaran lain bagi maksud kemajuan perpustakaan.
(2)
Wang yang ada dalam kredit Kumpulan Wang itu boleh dilaburkan mengikut perenggan 8(3)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957.
12
Undang-Undang Malaysia