Seksyen 12
Anggaran perbelanjaan
of Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971
Perbelanjaan Lembaga setakat jumlah yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.
(2)
Sebelum permulaan bulan September setiap satu tahun,
Lembaga hendaklah menghantar kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan)
bagi tahun yang berikutnya mengikut bentuk dan yang mengandungi butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh
Menteri; dan Menteri hendaklah sebelum permulaan bulan
November tahun itu memberitahu Lembaga jumlah wang yang dibenarkan untuk perbelanjaan amnya atau jumlah wang yang dibenarkan bagi setiap satu jenis perbelanjaan.
(3)
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, menghantar kepada
Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan
Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang dimasukkan ke dalam anggaran tambahan itu.