Seksyen 13
Akaun dan audit
of Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971
ActIn forceProvision 15 of 23
Seksyen 13
(1)
Lembaga hendaklah menyimpan dengan sepatutnya semua akaun dan rekod lain berkenaan dengan penjalanannya dan hendaklah menyediakan penyata akaun bagi setiap satu tahun kewangan.
(2)
Akaun Lembaga hendaklah diaudit tiap-tiap tahun oleh
Juruaudit Negara atau juruaudit lain yang dilantik oleh Lembaga dengan persetujuan Menteri.