Malaysia legislation

Section 4

of AKTA MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA 1971

Seksyen 4

Fungsi Majlis

(1)

Fungsi Majlis adalah—

(a)

untuk menasihati Menteri tentang perkara yang berhubungan dengan sukan pada amnya dan pelaksanaan peruntukan Akta ini dengan sepatutnya dan lebih berkesan;

(b)

untuk menyelaraskan kegiatan berkenaan dengan sukan yang dijalankan oleh jabatan kerajaan atau agensi kerajaan atau bukan kerajaan;

(c)

untuk membuat syor kepada Kerajaan mengenai cara, langkah dan dasar yang patut diambil bagi memudahkan kemajuan sukan, dan jika diluluskan oleh Kerajaan, untuk melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor itu; dan

(d)

secara amnya untuk menggalakkan di peringkat tempatan dan antarabangsa, dan mengambil bahagian dalam, kemajuan sukan di Malaysia.

(2)

Majlis mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu atau bersampingan pada menjalankan fungsinya, dan khususnya, tetapi dengan tidak menyentuh keluasan yang tersebut di atas—

(a)

untuk menjalankan tinjauan dan penyiasatan berkenaan dengan sukan;

(b)

untuk menjalankan kajian kemungkinan bagi memajukan sukan;