Malaysia legislation

Section 5

of AKTA MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA 1971

Seksyen 5

(1)

Majlis hendaklah terdiri daripada ahli yang dinyatakan dalam subseksyen (2) dan (3).

(2)

Menteri hendaklah menjadi Pengerusi Majlis.

(3)

Ahli Majlis yang lain hendaklah dilantik oleh Menteri dan hendaklah terdiri daripada yang berikut:

(a)

seorang wakil yang dinamakan oleh Majlis Sukan

Wilayah Persekutuan dan oleh setiap satu Majlis

Sukan Negeri;

(b)

tiga orang wakil yang dinamakan oleh Majlis Olimpik

Malaysia;

(c)

seorang wakil yang dinamakan oleh Majlis Sukan

Sekolah-sekolah Malaysia;

(d)

tidak kurang daripada lima tetapi tidak lebih daripada sepuluh orang ahli yang dilantik daripada kalangan orang yang pada pendapat Menteri boleh memberikan sumbangan terhadap perkembangan dan kemajuan sukan; dan

(e)

tidak kurang daripada tiga tetapi tidak lebih daripada lima orang ahli yang dilantik daripada kalangan

Kementerian yang difikirkan oleh Menteri perlu diwakili.

(4)

Bahagian I Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi ahli

Majlis.