Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English

Bahagian III · Penggunaan Kumpulan Wang

25. Had pengeluaran

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), amaun maksimum yang boleh dikeluarkan daripada Kumpulan Wang dalam mana-mana tahun kewangan ialah lima puluh peratus daripada jumlah keseluruhan kadar pulangan benar jangka masa panjang yang dijangka bagi tahun kewangan itu atas aset Kumpulan Wang.

(2)

Jika dalam mana-mana tahun kewangan Menteri fikirkan perlu untuk membenarkan pengeluaran melebihi amaun maksimum yang ditentukan mengikut subseksyen (1), Menteri hendaklah, melalui suatu usul, mendapatkan kelulusan Dewan Rakyat.

(3)

Dewan Rakyat boleh, melalui suatu ketetapan, meluluskan usul yang disebut dalam subseksyen (2).

Undang-Undang Malaysia 20

(4)

Apa-apa amaun yang tersedia untuk dikeluarkan dalam sesuatu tahun kewangan yang tidak dikeluarkan tidak boleh dibawa kepada tahun kewangan berikutnya.

(5)

Dalam seksyen ini, “kadar pulangan benar jangka masa panjang yang dijangka” ertinya kadar pulangan setahun, dilaraskan dengan inflasi atau deflasi, yang dijangkakan boleh diperoleh daripada pelaburan Kumpulan Wang bagi tempoh dua puluh tahun.

Report

Bahagian IV

Pelaburan Kumpulan Wang

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan