Skip to content

Seksyen 27

of Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 2026

ActIn forceProvision 27 of 44

Seksyen 27

(1)

Wang dalam Kumpulan Wang boleh dilaburkan—

(a)

dalam deposit wang atau emas di mana-mana bank atau, bank negara atau pihak berkuasa kewangan lain;

(b)

dalam instrumen pasaran wang, termasuk bil perbendaharaan, penerimaan jurubank dan perakuan deposit, dengan tempoh matang tidak melebihi satu tahun;

(c)

dalam sekuriti yang diterbitkan atau dijamin oleh mana-mana kerajaan berdaulat, agensi kerajaan itu, bank negara atau pihak berkuasa kewangan lain, atau organisasi supranasional atau multilateral, termasuk sekuriti yang penanggung obligasinya ialah mana-mana kerajaan berdaulat, agensi kerajaan itu, bank negara atau pihak berkuasa kewangan lain, atau organisasi supranasional atau multilateral;

(d)

dalam sekuriti yang diterbitkan oleh mana-mana syarikat atau perbadanan;

(e)

dalam saham mana-mana syarikat awam yang disenaraikan di mana-mana bursa saham;

(f)

dalam amanah pelaburan hartanah;

(g)

dalam dana, termasuk skim amanah dan dana dagangan bursa;

(h)

dalam logam berharga, termasuk emas, perak, platinum dan paladium;

(i)

dalam ekuiti persendirian, hartanah dan infrastruktur, melalui dana yang diuruskan oleh mana-mana syarikat pengurusan dana;

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 885

(j)

dalam derivatif; dan

(k)

dalam apa-apa pelaburan lain dengan kelulusan Menteri, didenominasikan dalam mana-mana mata wang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

(2)

Bagi maksud pelaburan di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah merangka suatu Perumpukan Aset Strategik yang menyatakan strategi pelaburan jangka masa panjang, yang termasuklah pulangan yang dijangka, kelas aset yang dibenarkan untuk pelaburan dan toleransi risiko kelas aset.

(3)

Lembaga hendaklah mengemukakan Perumpukan Aset

Strategik yang disediakan di bawah subseksyen (2) kepada Menteri untuk kelulusan.

(4)

Perumpukan Aset Strategik yang diluluskan oleh Menteri hendaklah menjadi panduan bagi membuat pelaburan di bawah seksyen ini.

(5)

Dalam seksyen ini, “sekuriti” ertinya—

(a)

debentur, saham, syer atau bon;

(b)

skim amanah atau dana dagangan bursa;

(c)

apa-apa surat cara lain yang mewujudkan atau membuktikan suatu gadaian atau lien ke atas aset, termasuk sekuriti bersandarkan aset; dan

(d)

apa-apa sekuriti Islam, dan termasuklah apa-apa hak, opsyen atau kepentingan yang berkenaan dengannya.