Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 2026 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian V · Pelbagai
33. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh, atas syor Lembaga, membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi menguatkuasakan dengan sepenuhnya peruntukan Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 24
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat berhubung dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut:
penggunaan Kumpulan Wang, dan cara serta tatacara bagi pengeluaran daripada Kumpulan Wang;
kewajipan dan kuasa Lembaga di bawah Akta ini;
penzahiran kepentingan oleh anggota Lembaga dan anggota jawatankuasa;
kriteria bagi orang yang layak dan sesuai dan kriteria lain bagi pelantikan seseorang sebagai pengurus dana utama;
kelakuan dan tatatertib pegawai dan pekhidmat Kumpulan
Wang Amanah Negara (Diperbadankan) dan penubuhan pihak berkuasa tatatertib yang sesuai bagi kategori pegawai dan pekhidmat yang berlainan.