Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Pengataan kemudaratan
Pempetisyen telah menyatakan dan memberikan keterangan bahawa import dagangan subjek dari negara yang dikatakan telah meningkat dari segi kuantiti mutlak.
Adalah dikatakan selanjutnya bahawa industri Malaysia telah mengalami kemudaratan melalui kesan lambakan, iaitu, antara lain, pengurangan syer pasaran, pemotongan harga, kemelesetan harga, penyekatan harga, tahap pengeluaran dan penggunaan kapasiti yang rendah, penurunan kadar keuntungan, aliran tunai yang negatif, tahap produktiviti yang rendah, peningkatan inventori, ketidakupayaan menambahkan modal, dan pengurangan dalam pulangan pelaburan dan jumlah aset.