Malaysia legislation

Section 5

of NOTIS PEMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT BESI ATAU KELULI BUKAN ALOI GEGELUNG GULUNGAN SEJUK, DENGAN KELEBARAN MELEBIHI 1300MM YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA, JEPUN, REPUBLIK KOREA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

Seksyen 5

Tatacara

1

Soal selidik

Bagi mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatannya,

Kerajaan akan mengagihkan soal selidik kepada—

(a)

industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di

Malaysia;

4

(b)

pengeluar atau pengeksport di Republik Rakyat China, Jepun,

Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam;

(c)

pengimport dan mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam petisyen; dan

(d)

Kerajaan Republik Rakyat China, Jepun, Republik Korea dan

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

(MITI) diundang untuk menghubungi MITI melalui faksimile atau e-mel untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen.

Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi suatu salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka berhubung dengan penyiasatan ini.