Akta Kesalahan yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 · Updated to 26 Jun 2024 · Bahagian III · Anugerah Asing
12. Menerima dan menggunakan anugerah asing tidak diiktiraf
Feedback & supportSeseorang warganegara tidak boleh menerima suatu anugerah asing tidak diiktiraf daripada mana-mana orang sama ada di dalam atau di luar Malaysia.
Seseorang warganegara tidak boleh menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan suatu anugerah asing tidak diiktiraf dalam apa-apa bentuk dan cara.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.
A menerima anugerah asing tidak diiktiraf pada 2010 yang membawa gelaran dan panggilan yang A telah menggunakannya sejak 2010.
Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, A dilarang daripada menggunakan gelaran dan panggilan itu. A menggunakan gelaran dan panggilan itu selepas Akta ini mula berkuat kuasa. A melakukan kesalahan.
12 Undang-Undang Malaysia Akta 787