Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2024Read it in English

Bahagian II · Anugerah yang Di-Pertuan Agong

3. Menerima dan menggunakan anugerah tidak diiktiraf

Feedback & support
(1)

Seseorang tidak boleh menerima suatu anugerah tidak diiktiraf daripada mana-mana orang sama ada di dalam atau di luar

Malaysia.

(2)

Seseorang tidak boleh menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan suatu anugerah tidak diiktiraf dalam apa-apa bentuk dan cara.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

A menerima anugerah tidak diiktiraf pada 2010 yang membawa gelaran dan panggilan yang A telah menggunakannya sejak 2010. Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, A dilarang daripada menggunakan gelaran dan panggilan itu. A menggunakan gelaran dan panggilan itu selepas Akta ini mula berkuat kuasa.

A melakukan kesalahan.

Report

Bahagian III

Anugerah Asing

Bahagian IV

Suapan

Bahagian V

Pelbagai

Schedules