Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2024Read it in English
Contents

Bahagian IV · Suapan

16. Meminta, menerima, memberi, dsb., suapan bagi anugerah asing tidak diiktiraf

Feedback & support
(1)

Seseorang warganegara dengan sendiri, atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain―

(a)

tidak boleh meminta, menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain;

atau

(b)

tidak boleh memberi, berjanji atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau orang lain, apa-apa suapan sebagai balasan atau dorongan atau hadiah untuk mendapatkan atau membantu atau berusaha untuk mendapatkan pemberian suatu anugerah asing tidak diiktiraf kepada mana-mana warganegara berkaitan pemberian itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun.

Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 15

Report

Bahagian V

Pelbagai

Schedules