Akta Optik 1991 · Updated to 31 Mar 2026 · Bahagian IV · Amalan Optometri
32. Perakuan amalan tahunan
Feedback & supportSeseorang orang berdaftar yang berniat untuk menjalankan amalan sebagai juruoptik atau optometris selepas 31 Disember mana-mana tahun hendaklah, tidak lewat daripada 1 Disember tahun itu, membuat permohonan dalam borang yang ditetapkan dan membayar fi yang ditetapkan bagi mendapatkan suatu perakuan untuk menjalankan amalan sebagai juruoptik atau optometris dalam tahun yang berikutnya.
Apabila menerima permohonan dan bayaran yang disebut dalam subseksyen (1), Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu perakuan amalan tahunan kepada pemohon yang membenarkan pemohon menjalankan amalan sebagai juruoptik atau optometris dalam tahun yang baginya perakuan itu dikeluarkan.
Tertakluk pada subseksyen (4), sesuatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) hendaklah berkuat kuasa sehingga 31 Disember tahun yang baginya perakuan itu dikeluarkan.
Seseorang orang berdaftar yang tidak memohon untuk mendapatkan suatu perakuan amalan tahunan mengikut cara dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1) boleh, apabila dia membuat permohonan dalam borang yang ditetapkan dan apabila dia membayar fi tambahan yang ditetapkan, diberi suatu perakuan amalan tahunan bagi tahun yang berikutnya, jika permohonan itu dibuat dalam bulan Disember mana-mana tahun, atau bagi baki tahun itu, jika permohonan dibuat pada atau selepas 1 Januari mana-mana tahun.
Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam Akta ini, seorang orang berdaftar boleh menjalankan amalan sebagai juruoptik atau optometris tanpa perakuan amalan tahunan sehingga 31 Disember tahun dia pertama kalinya didaftarkan sebagai juruoptik atau optometris dan,
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 469
bagi maksud Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dia hendaklah disifatkan mempunyai perakuan amalan tahunan bagi tempoh itu.
Sesuatu perakuan amalan tahunan dan sesuatu permohonan perakuan amalan tahunan hendaklah mengandungi alamat tempat utama pemohon menjalankan amalan dan semua tempat lain di mana pemohon menjalankan amalan, dan apa-apa pertukaran mana-mana alamat itu hendaklah diberitahu oleh orang berdaftar itu kepada
Pendaftar dan suatu pengendorsan pertukaran itu pada perakuan amalan tahunan hendaklah didapatkan daripada Pendaftar dalam masa tiga puluh hari daripada pertukaran itu.
Mana-mana orang yang tidak memberitahu
Pendaftar, sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (6), tentang apa-apa pertukaran alamat melakukan suatu kesalahan.
Suatu perakuan yang ditandatangani oleh Pendaftar bahawa mana-mana orang—
ialah atau bukan pemegang suatu perakuan amalan tahunan; atau
pernah menjadi atau tidak pernah menjadi pada bila-bila masa pemegang suatu perakuan amalan tahunan, hendaklah menjadi keterangan konklusif tentang perkara yang disebut dalam perakuan itu.