Akta Optik 1991 · Updated to 31 Mar 2026 · Bahagian IV · Amalan Optometri
29. Hanya orang berdaftar sahaja boleh menjalankan amalan optometri
Feedback & support(1)
Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan optometri melainkan jika dia seorang orang berdaftar.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1) tetapi tertakluk pada seksyen 30, tiada seorang pun boleh mempreskripsi atau mendispens kanta lekap melainkan jika dia seorang optometris berdaftar.
(3)
Subseksyen (1) dan (2) tidaklah terpakai bagi seorang pengamal perubatan.
(4)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.