Akta Paten (Pindaan) 2022 · As enacted · Bahagian X · Bahagian X Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
36. Pindaan seksyen 49
Feedback & supportSeksyen 49 Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (1)(b), dengan memotong perkataan
“dijual dengan harga tinggi yang tidak berpatutan atau”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Walau apa pun subseksyen (1), pada bila-bila masa selepas pemberian paten, mana-mana orang boleh membuat permohonan kepada Pendaftar untuk mendapatkan lesen wajib—
jika keluaran yang dikeluarkan dalam Malaysia di bawah paten itu untuk jualan dalam pasaran domestik dijual dengan harga tinggi yang tidak munasabah tanpa apa-apa sebab yang sah; atau
bagi maksud pengeluaran keluaran farmaseutikal dalam Malaysia dan pengeksportan keluaran farmaseutikal itu ke negara pengimport yang layak untuk menangani masalah kesihatan awamnya.”; dan
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“Sesuatu lesen wajib” dengan perkataan “Kecuali bagi perenggan (1a)(b), sesuatu lesen wajib”.