Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Paten (Pindaan) 2022

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2022
Sections
70
Languages
MS · EN

Akta Paten (Pindaan) 2022 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1649 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Paten 1983. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.

Pindaan am

Seksyen 2

Akta Paten 1983 [Akta 291], yang disebut “Akta ibu” dalam

Akta ini, dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “Warta” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Jurnal Rasmi” kecuali dalam seksyen 1; dan

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1649

(b)

dengan menggantikan perkataan “masa yang ditetapkan”

di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “tempoh yang ditetapkan”.

Pindaan seksyen 3

Seksyen 3

Seksyen 3 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas takrif “hak” takrif yang berikut:

‘ “Jurnal Rasmi” ertinya Jurnal Rasmi Harta Intelek yang disiarkan oleh Pendaftar di bawah seksyen 86a;’;

(b)

dengan memasukkan selepas takrif “keluaran” takrif yang berikut:

‘ “keluaran farmaseutikal” ertinya—

(b)

apa-apa keluaran dikilangkan melalui proses yang dipaten, bagi sektor farmaseutikal yang termasuklah bahan aktif yang perlu bagi pengilangannya dan kit diagnostik yang diperlukan bagi kegunaannya;’;

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “majikan” takrif yang berikut:

‘ “Majlis TRIPS” ertinya majlis yang ditubuhkan di bawah Perjanjian TRIPS;’;

(d)

dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:

‘ “mikroorganisma” ertinya apa-apa organisma yang bersaiz mikroskopik dan bahagian organisma yang bersaiz mikroskopik, termasuk organisma, virus dan viroid yang steril;’;

Paten (Pindaan)

(e)

dengan memasukkan selepas takrif “pekerja” takrif yang berikut:

‘ “pemastautin” termasuklah—

(a)

seorang warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia;

(i)

telah mendapat status pemastautin tetap di Malaysia dan biasanya bermastautin di Malaysia; atau

(ii)

bermastautin di Malaysia menurut pas yang dikeluarkan s e c a r a s a h k e p a d a n y a di bawah Akta Imigresen 1959/63

[Akta 155] untuk masuk dan kekal di Malaysia;

(c)

suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia selain suatu syarikat asing; atau

(d)

suatu badan yang tidak diperbadankan yang ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia;’; dan

(f)

dengan memasukkan selepas takrif “Perbadanan” takrif yang berikut:

‘ “Perjanjian TRIPS” ertinya Perjanjian Perdagangan

Berkaitan Aspek Hak Harta Intelek yang dinyatakan dalam Lampiran 1C kepada Perjanjian Penubuhan

Pertubuhan Perdagangan Dunia;

“Pihak Berkuasa Depositari Antarabangsa” ertinya suatu institusi depositari yang telah memperoleh status pihak berkuasa depositari antarabangsa di bawah

Triti Budapest;’.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1649

Seksyen 4

Pindaan seksyen 13

Perenggan 13(1)(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “proses mikroorganisma” dengan perkataan

“proses mikrobiologi”.

Seksyen 5

Pindaan seksyen 14

Perenggan 14(2)(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “paten yang diberi” dengan perkataan “permohonan paten yang disiarkan di bawah seksyen 33d”.

Pindaan seksyen 17b

Seksyen 6

Seksyen 17b Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4)  Sesuatu permintaan bagi penukaran di bawah seksyen ini hendaklah difailkan dengan Pendaftar dalam tempoh yang ditetapkan.”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(4a)  Tanpa menjejaskan kuasa Pendaftar untuk membenarkan penukaran, tempoh yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (4) tidak boleh dilanjutkan di bawah seksyen 82.”.

Seksyen 7

Pindaan seksyen 18

Subseksyen 18(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seksyen 19” dengan perkataan “peruntukan Akta ini”.

Seksyen 8

Pindaan seksyen 19

Seksyen 19 Akta ibu dipinda dalam proviso dengan menggantikan perkataan “lima tahun” dengan perkataan “enam tahun”.

Paten (Pindaan)

7

Pindaan seksyen 21

Seksyen 9

Seksyen 21 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula peruntukan sedia ada sebagai subseksyen (1); dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Dalam seksyen ini, “Kerajaan” ertinya

Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.”.

Pindaan seksyen 23a

Seksyen 10

Seksyen 23a Akta ibu dipinda—

(i)

dengan menomborkan semula peruntukan sedia ada sebagai subseksyen (1); dan

(ii)

dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula, dengan menggantikan perkataan “Tiada seorang pun yang bermastautin di Malaysia boleh”

dengan perkataan “Tiada seorang yang merupakan pemastautin boleh”;

(b)

dalam teks bahasa Inggeris, dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “No person resident in

Malaysia shall” dengan perkataan “No person who is a resident shall”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(2)  Sesuatu permohonan bagi pemberian kebenaran bertulis oleh Pendaftar yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah dibuat oleh pemastautin mengikut cara yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.”.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1649

Pindaan seksyen 25

Seksyen 11

Seksyen 25 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas perkataan “mengemukakan”

perkataan “kepada Pendaftar”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “borang yang ditetapkan kepada Pendaftar” dengan perkataan “bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan”.

Seksyen 13

Seksyen 26b Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Pemohon boleh, dalam tempoh yang ditetapkan, membuat permintaan kepada Pendaftar bagi suatu permohonan terbahagi untuk membahagikan suatu permohonan menjadi dua atau lebih permohonan dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan, dengan syarat bahawa setiap permohonan terbahagi tidak menzahirkan lebih daripada apa yang dizahirkan dalam permohonan asal.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Suatu permintaan bagi permohonan terbahagi di bawah subseksyen (1) tidak boleh dibenarkan oleh Pendaftar jika sebelum tarikh permintaan itu, permohonan asal atau permohonan sebelumnya yang terdekat yang berhubungan dengan permohonan asal itu telah—

(1b)

Tanpa menjejaskan kuasa Pendaftar untuk membenarkan permohonan terbahagi, tempoh yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh dilanjutkan di bawah seksyen 82.”; dan

(c)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“tarikh prioriti” dengan perkataan “tarikh pemfailan dan apa-apa hak prioriti di bawah seksyen 27, jika hak prioriti itu dituntut,”.

Seksyen 14

Seksyen baharu 26c

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 26b seksyen yang berikut:

“Pendepositan mikroorganisma 26c.  (1)  Jika reka cipta melibatkan suatu mikroorganisma yang tidak tersedia kepada orang awam dan tidak dapat diperihalkan dalam permohonan untuk mendapatkan paten dengan cara yang membolehkan reka cipta itu dijalankan oleh seseorang yang mempunyai kemahiran biasa dalam ciptaan seni itu, suatu sampel mikroorganisma itu hendaklah didepositkan oleh pemohon atau mana-mana orang lain dengan Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan atau

Pihak Berkuasa Depositari Antarabangsa tidak lewat daripada tarikh pemfailan permohonan paten itu.

(2)

Pendepositan mikroorganisma dengan Pihak Berkuasa

Depositari Kebangsaan yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan.

(3)

Pendepositan mikroorganisma dengan Pihak Berkuasa

Depositari Antarabangsa yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah dibuat mengikut Triti Budapest.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1649

(4)

Pendepositan mikroorganisma dengan Pihak Berkuasa

Depositari Kebangsaan atau Pihak Berkuasa Depositari

Antarabangsa, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah diiktiraf sebagai memenuhi kehendak penzahiran dalam permohonan paten.

(5)

Mana-mana orang boleh membuat permintaan bagi suatu sampel mikroorganisma yang didepositkan di bawah subseksyen (1) mengikut cara yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “Triti Budapest” ertinya

Triti Budapest mengenai Pengiktirafan Antarabangsa Pendepositan

Mikroorganisma bagi Maksud Prosedur Paten yang dibuat di Budapest pada 28 April 1977.”.

Pindaan seksyen 27

Seksyen 15

Seksyen 27 Akta ibu dipinda—

(i)

dengan menggantikan perkataan “prioriti” dengan perkataan “hak prioriti”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan “difailkan”

perkataan “berkenaan dengan reka cipta yang sama bagi permohonan yang dibuat”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1a) subseksyen yang berikut:

“(1b)  Jika pemohon gagal untuk menuntut hak prioriti dalam tempoh dua belas bulan yang disebut dalam subseksyen (1), hak prioriti itu boleh dipulihkan jika—

(a)

suatu permintaan untuk pemulihan hak prioriti dibuat oleh pemohon kepada Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh

Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan; dan

(b)

permintaan di bawah perenggan (a) memenuhi syarat sebagaimana yang ditetapkan.”.

Paten (Pindaan)

11

Pindaan seksyen 28

Seksyen 16

Seksyen 28 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (1)(c), dengan memasukkan selepas perkataan “suatu perihalan” perkataan “termasuk suatu senarai jujukan, jika ada”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Bagi maksud perenggan (1)(d), jika permohonan itu mengandungi lebih daripada sepuluh tuntutan, setiap tuntutan yang berikutnya hendaklah tertakluk kepada pembayaran fi yang ditetapkan.”;

(c)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Jika Pendaftar mendapati bahawa permohonan yang dibuat oleh pemohon tidak memenuhi kehendak di bawah perenggan (1)(a), (b), (c) atau (d), Pendaftar hendaklah meminta pemohon untuk memfailkan pembetulan yang dikehendaki dalam tempoh yang ditetapkan.”;

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Jika Pendaftar mendapati bahawa permohonan yang dibuat oleh pemohon tidak memenuhi kehendak di bawah subseksyen (1a), Pendaftar hendaklah meminta pemohon untuk membuat pembayaran fi yang ditetapkan bagi setiap tuntutan yang berikutnya dalam tempoh yang ditetapkan.”;

(e)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Jika—

(a)

pemohon mematuhi permintaan Pendaftar untuk memfailkan pembetulan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2), Pendaftar hendaklah merekodkan tarikh penerimaan pembetulan yang dikehendaki sebagai tarikh pemfailan;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1649

(b)

pemohon tidak mematuhi permintaan Pendaftar untuk memfailkan pembetulan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2), permohonan itu hendaklah dikira sebagai ditinggalkan;

(c)

pemohon mematuhi permintaan Pendaftar untuk membuat pembayaran fi yang ditetapkan bagi setiap tuntutan yang berikutnya di bawah subseksyen (2a), Pendaftar hendaklah merekodkan tarikh penerimaan permohonan di bawah subseksyen (1) sebagai tarikh pemfailan; atau

(d)

pemohon tidak mematuhi permintaan Pendaftar untuk membuat pembayaran fi yang ditetapkan bagi setiap tuntutan yang berikutnya di bawah subseksyen (2a), Pendaftar hendaklah merekodkan tarikh penerimaan permohonan di bawah subseksyen (1) bagi sepuluh tuntutan pertama sahaja sebagai tarikh pemfailan.”;

(f)

dalam subseksyen (4), dengan memasukkan selepas perkataan “lukisan yang hilang itu” perkataan

“dalam tempoh yang ditetapkan”; dan

(g)

dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:

“(6)  Tempoh yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (2), (2a) dan (4) tidak boleh dilanjutkan oleh Pendaftar di bawah seksyen 82.”.

Pindaan seksyen 29a

Seksyen 17

Seksyen 29a Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“maka pemohon boleh meminta pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan sebagai ganti pemeriksaan substantif”

dengan perkataan “pemohon boleh, sebagai ganti pemfailan suatu permintaan bagi pemeriksaan substantif, memfailkan suatu permintaan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan dalam tempoh yang ditetapkan”;

Paten (Pindaan)

(b)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“borang yang ditetapkan” dengan perkataan

“bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar”;

(d)

dengan menggantikan subseksyen (5) dengan subseksyen yang berikut:

“(5)  Jika pemohon gagal untuk—

(a)

memfailkan permintaan bagi pemeriksaan substantif di bawah subseksyen (1); atau

(b)

memfailkan permintaan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan di bawah subseksyen (2), dalam tempoh yang ditetapkan, permohonan untuk mendapatkan paten itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik pada akhir tempoh itu.”;

(e)

dengan menggantikan subseksyen (6) dengan subseksyen yang berikut:

“(6)  Walau apa pun perenggan (5)(b), Pendaftar boleh, atas permintaan pemohon dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan, membenarkan penangguhan bagi pemfailan permintaan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan yang disebut dalam subseksyen (2).

(6a)

Penangguhan di bawah subseksyen (6) boleh dibenarkan hanya atas alasan bahawa paten atau hak milik lain bagi perlindungan harta perindustrian belum diberikan atau tidak boleh didapati sebelum habis tempoh yang ditetapkan bagi pemfailan permintaan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan.”; dan

(f)

dalam subseksyen (7), dengan memotong perkataan

“(1) atau”.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta A1649

Seksyen 18

Pindaan seksyen 30

Seksyen 30 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a)  Pindaan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (3)

tidak boleh menzahirkan lebih daripada apa yang dizahirkan dalam pemohonan asal.”.

Seksyen baharu 31a

Seksyen 19

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 31

seksyen yang berikut:

“Salinan permohonan paten atau paten yang diperakui atau tidak diperakui 31a.  Pemunya paten atau pemohon paten boleh membuat permintaan kepada Pendaftar bagi suatu salinan yang diperakui atau tidak diperakui bagi apa-apa borang atau dokumen berkenaan dengan permohonan paten atau patennya yang difailkan di Pejabat Pendaftaran Paten dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.”.

Seksyen 20

Penggantian seksyen 32a

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 32a dengan seksyen yang berikut:

“Notis amanah dalam Daftar 32a.  (1)  Notis mengenai mana-mana amanah tersirat atau konstruktif tidak boleh disetuju terima oleh Pendaftar atau dimasukkan ke dalam Daftar.

(2)

Notis mengenai suatu amanah nyata atau benefisiari suatu amanah nyata, atau kedua-duanya, boleh disetuju terima oleh Pendaftar dan dimasukkan ke dalam Daftar.

Paten (Pindaan)

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), Pendaftar tidak boleh terjejas dengan notis amanah nyata atau benefisiari suatu amanah nyata, dan kegagalan untuk memasukkan notis itu ke dalam Daftar tidak menjejaskan apa-apa hak atau kewajipan di bawah amanah itu.”.

Seksyen 21

Penggantian seksyen 33

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 33 dengan seksyen yang berikut:

“Pemeriksaan Daftar dan salinan atau cabutan daripada

Daftar

Quoted provision

Seksyen 33

(2)

Dalam seksyen ini, “orang” termasuklah

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.”.

Seksyen 22

Pindaan seksyen 33a

Seksyen 33a Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Tiada seorang pun dalam penggajian Perbadanan boleh dikehendaki untuk hadir ke mana-mana mahkamah bagi maksud untuk mengemukakan—

(a)

apa-apa dokumen yang berhubungan dengan permohonan paten atau paten yang boleh diperoleh menurut peruntukan Akta ini; atau

(b)

apa-apa dokumen yang tidak boleh dijadikan tersedia kepada mana-mana pihak ketiga mengikut Akta ini.”.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta A1649

Pindaan seksyen 33b

Seksyen 23

Seksyen 33b Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “cara yang ditetapkan” perkataan

“bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan”; dan

(b)

dalam perenggan (1)(a) dan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “pemunya paten” perkataan

“atau pereka cipta”.

Pindaan seksyen 33c

Seksyen 24

Seksyen 33c Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Bagi maksud permohonan di bawah subseksyen (1),

Pendaftar hendaklah mempunyai hak untuk hadir dan didengar, dan hendaklah hadir jika diarahkan sedemikan oleh Mahkamah.”; dan

Seksyen 25

Seksyen baharu 33d

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 33c seksyen yang berikut:

“Penyiaran permohonan 33d.  (1)  Tertakluk kepada seksyen 30a, Pendaftar hendaklah menyiarkan dalam Jurnal Rasmi maklumat yang ditetapkan yang berhubungan dengan suatu permohonan paten setakat mana maklumat itu berada dalam milikan Pendaftar—

(a)

selepas lapan belas bulan dari tarikh pemfailan, atau jika hak prioriti dituntut, tarikh prioriti permohonan paten itu; atau

Paten (Pindaan)

(b)

atas permintaan pemohon untuk penyiaran awal sebelum tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

(2)

Permohonan paten tidak boleh disiarkan di bawah subseksyen (1) jika—

(a)

permohonan paten itu ditinggalkan, ditarik balik, disifatkan telah ditarik balik atau ditolak pada atau sebelum habis tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a); atau

(b)

Pendaftar mendapati bahawa permohonan itu mengandungi apa-apa maklumat yang melanggar ketenteraman awam atau kemoralan.

(3)

Suatu permintaan bagi penyiaran awal di bawah perenggan (1)(b) tidak boleh dibatalkan.

(4)

Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu permohonan antarabangsa yang dibuat di bawah Triti Kerjasama Paten.”.

Pindaan seksyen 34

Seksyen 26

Seksyen 34 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika permohonan paten telah disiarkan di bawah seksyen 33d, apabila pembayaran fi yang ditetapkan diterima, Pendaftar hendaklah menjadikan tersedia bagi pemeriksaan awam mengikut cara yang ditetapkan maklumat atau dokumen yang berikut yang berhubungan dengan permohonan paten setakat mana maklumat atau dokumen itu berada dalam milikan

Pendaftar—

(a)

nama, alamat dan perihalan pemohon, dan nama dan alamat ejennya, jika ada;

(b)

nombor permohonan itu;

Undang-Undang Malaysia 18

Akta A1649

(c)

tarikh pemfailan permohonan itu, dan jika hak prioriti dituntut, tarikh prioriti itu, nombor permohonan yang terdahulu, nama negara yang permohonan yang terdahulu itu telah difailkan, atau jika permohonan yang terdahulu itu ialah permohonan serantau atau antarabangsa, nama negara yang baginya dan pejabat yang permohonan itu telah difailkan;

(d)

butir-butir permohonan termasuk perihalan, tuntutan atau tuntutan-tuntutan, lukisan, jika ada, dan abstrak dan apa-apa pindaan kepada permohonan itu, jika ada;

(e)

apa-apa perubahan pemunyaan permohonan itu dan apa-apa rujukan kepada kontrak lesen yang berhubungan dengan permohonan itu;

(g)

komunikasi berkenaan dengan permohonan paten daripada pemohon kepada Pejabat Pendaftaran

Paten sebagaimana yang ditentukan oleh

Pendaftar; dan

(h)

petikan bahan bertulis berkaitan paten dan bukan paten yang dikemukakan oleh pemohon atau mana-mana orang lain kepada Pejabat

Pendaftaran Paten.”;

(c)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Jika tiada permintaan dibuat oleh pemohon di bawah perenggan 33d(1)(b), mana-mana orang yang berhasrat untuk memeriksa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan permohonan paten yang disebut dalam subseksyen (1) sebelum habis tempoh

Paten (Pindaan)

19

lapan belas bulan dari tarikh pemfailan, atau jika hak prioriti dituntut, tarikh prioriti permohonan paten itu, hendaklah membuat permintaan kepada Pendaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar disertakan dengan—

(d)

dalam subseksyen (5), perenggan (6)(b) dan subseksyen (9), dengan menggantikan perkataan “dijadikan tersedia bagi pemeriksaan awam” dengan perkataan

“disiarkan di bawah seksyen 33d”.

Seksyen baharu 34a

Seksyen 27

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 34

seksyen yang berikut:

“Pemerhatian pihak ketiga 34a.  (1)  Mana-mana orang boleh, dalam tempoh yang ditetapkan, membuat pemerhatian dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan kebolehpatenan suatu permohonan paten sebagaimana yang ditetapkan dan hendaklah memasukkan sebab bagi pemerhatian itu.

(2)

Dalam seksyen ini, “orang” termasuklah

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.”.

Seksyen 28

Pindaan seksyen 35

Subseksyen 35(2) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa Inggeris dengan menggantikan perkataan “a patentee” dengan perkataan

“an owner of a patent”.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta A1649

Pindaan seksyen 35a

Seksyen 29

Subseksyen 35a(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “dua belas bulan”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “borang yang ditetapkan”

dengan perkataan “bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan”.

Pindaan seksyen 36

Seksyen 30

Seksyen 36 Akta ibu dipinda—

(i)

dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (c) dengan perkataan “; dan”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:

“(d) untuk menguruskan paten sebagai subjek kepentingan bercagar.”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(5)  Dalam membuktikan sebaliknya dalam mana-mana prosiding yang disebut dalam subseksyen (4), orang selain pemunya paten atau pemegang lesennya tidak boleh dikehendaki untuk mendedahkan apa-apa rahsia pengilangan atau komersial jika mahkamah berpuas hati bahawa ia tidak munasabah atau tiada keperluan untuk berbuat demikian, atau memudaratkan rahsia pengilangan atau komersial orang itu.”.

Paten (Pindaan)

21

Pindaan seksyen 37

Seksyen 31

Seksyen 37 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“dan khususnya bukan bagi tindakan yang dilakukan hanya bagi penyelidikan saintifik” dengan perkataan

“dan tidak boleh meliputi tindakan yang dilakukan bagi maksud eksperimen atau penyelidikan saintifik”;

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan

“pihak berkuasa yang relevan” perkataan

“sama ada dalam Malaysia atau luar Malaysia”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “dadah” dengan perkataan “keluaran farmaseutikal”; dan

(c)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“yang ada di Malaysia untuk sementara sahaja” dengan perkataan “yang memasuki Malaysia secara sementara atau tidak sengaja”.

Seksyen 32

Penggantian tajuk Bahagian VIII

Akta ibu dipinda dengan menggantikan tajuk Bahagian VIII dengan tajuk yang berikut:

“PERMOHONAN PATEN DAN PATEN SEBAGAI

OBJEK HARTA”.

Pindaan seksyen 39

Seksyen 33

Seksyen 39 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan

“Penyerahhakan dan perpindahan permohonan paten dan paten” dengan perkataan “Penyerahhakan, perpindahan dan transaksi kepentingan bercagar”;

Undang-Undang Malaysia 22

Akta A1649

(b)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “dipindahkan” perkataan “dalam cara yang sama sebagaimana harta peribadi atau harta alih yang lain”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Suatu paten boleh menjadi subjek kepentingan bercagar dalam cara yang sama sebagaimana harta peribadi atau harta alih yang lain.”;

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Mana-mana orang yang menjadi pihak dalam transaksi kepentingan bercagar berkenaan dengan suatu paten boleh memohon kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan bagi merekodkan transaksi kepentingan bercagar itu dalam Daftar.

(2b)

Apa-apa kepentingan bercagar berkenaan dengan suatu paten boleh dikuatkuasakan dalam cara yang sama sebagaimana harta peribadi atau harta alih yang lain.”;

(e)

dalam subseksyen (3) dan (4), dengan menggantikan perkataan “atau perpindahan” dengan perkataan

“, perpindahan atau transaksi kepentingan bercagar”; dan

(f)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(5)  Pendaftar boleh meminda apa-apa butir yang berhubungan dengan transaksi kepentingan bercagar dalam Daftar atas permohonan mana-mana orang yang merupakan pihak dalam transaksi kepentingan bercagar itu mengikut cara yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

(6)

Pendaftar boleh mengeluarkan transaksi kepentingan bercagar yang direkodkan itu daripada

Daftar atas permohonan mana-mana orang yang merupakan pihak dalam transaksi kepentingan bercagar itu mengikut cara yang ditetapkan.”.

Paten (Pindaan)

23

Pindaan Bahagian X

Seksyen 34

Bahagian X Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“Perbadanan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan

“Pendaftar”.

Pindaan seksyen 48

Seksyen 35

Seksyen 48 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam takrif “benefisiari bagi lesen wajib”, dengan memotong perkataan “dan” di hujung takrif itu;

(b)

dalam takrif “lesen wajib”, dengan menggantikan noktah di hujung takrif itu dengan perkataan “; dan”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “lesen wajib” takrif yang berikut:

‘ “negara pengimport yang layak” ertinya—

(a)

negara termundur yang merupakan anggota

Pertubuhan Perdagangan Dunia; dan

(b)

mana-mana negara lain yang merupakan anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia yang—

(i)

memberitahu Majlis TRIPS hasratnya untuk bertindak sebagai pengimport mengikut Perkara 31bis dan Lampiran kepada Perjanjian

TRIPS; dan

(ii)

membuktikan bahawa ia mempunyai kapasiti pengilangan yang tidak mencukupi atau tidak mempunyai kapasiti pengilangan dalam sektor farmaseutikal mengikut Apendiks kepada Lampiran kepada Perjanjian

TRIPS.’.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta A1649

Pindaan seksyen 49

Seksyen 36

Seksyen 49 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (1)(b), dengan memotong perkataan

“dijual dengan harga tinggi yang tidak berpatutan atau”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Walau apa pun subseksyen (1), pada bila-bila masa selepas pemberian paten, mana-mana orang boleh membuat permohonan kepada Pendaftar untuk mendapatkan lesen wajib—

(a)

jika keluaran yang dikeluarkan dalam Malaysia di bawah paten itu untuk jualan dalam pasaran domestik dijual dengan harga tinggi yang tidak munasabah tanpa apa-apa sebab yang sah; atau

(b)

bagi maksud pengeluaran keluaran farmaseutikal dalam Malaysia dan pengeksportan keluaran farmaseutikal itu ke negara pengimport yang layak untuk menangani masalah kesihatan awamnya.”; dan

(c)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“Sesuatu lesen wajib” dengan perkataan “Kecuali bagi perenggan (1a)(b), sesuatu lesen wajib”.

Pindaan seksyen 50

Seksyen 37

Seksyen 50 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“royalti” dengan perkataan “saraan yang memadai”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1 a)  Sebagai tambahan kepada kehendak yang dinyatakan dalam subseksyen (1), suatu permohonan untuk mendapatkan lesen wajib di bawah perenggan 49(1a)(b) hendaklah mematuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang ditetapkan.”;

Paten (Pindaan)

(c)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Jika suatu permohonan untuk mendapatkan lesen wajib dibuat menurut seksyen 49 atau suatu permintaan untuk mendapatkan lesen wajib dibuat menurut seksyen 49a, Pendaftar hendaklah memberikan salinan permohonan atau permintaan itu kepada pemberi lesen atau pemegang lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi suatu peluang untuk membuat pemerhatian terhadap permohonan atau permintaan itu dalam tempoh yang ditetapkan.”; dan

Seksyen 38

Pindaan seksyen 51

Seksyen 51 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Pendaftar hendaklah memberitahu Majlis TRIPS apabila lesen wajib diberikan di bawah perenggan 49(1a)(b).”.

Pindaan seksyen 52

Seksyen 39

Seksyen 52 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan “dan”

di hujung perenggan itu;

(i)

dengan menggantikan perkataan “royalti” dengan perkataan “saraan yang memadai”; dan

(ii)

dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:

“(d) apa-apa syarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.”.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta A1649

Seksyen baharu 52a

Seksyen 40

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 52

seksyen yang berikut:

“Pemberian lesen wajib tidak boleh menimbulkan kemungkiran kontrak 52a.  (1)  Pendaftar boleh memberikan lesen wajib kepada pemohon walaupun suatu kontrak lesen telah dibuat oleh pemberi lesen dan pemegang lesen yang memperuntukkan bahawa lesen itu adalah eksklusif menurut subseksyen 44(2).

(2)

Pemberian lesen wajib oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1) tidak boleh menimbulkan suatu tindakan bagi kemungkiran kontrak lesen yang disebut dalam subseksyen (1)

oleh pemegang lesen terhadap pemberi lesen.”.

Seksyen 41

Pindaan seksyen 53

Seksyen 53 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Pembatasan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(b)

tidak terpakai bagi lesen wajib yang diberikan bagi maksud pengeluaran dan pengeksportan keluaran farmaseutikal di bawah perenggan 49(1a)(b).”.

Seksyen 42

Pindaan seksyen 54

Subseksyen 54(4) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “akuan penyerahan itu” perkataan “dan akuan itu tidak boleh ditarik balik”.

Seksyen 43

Pindaan tajuk Bahagian XI

Tajuk Bahagian XI Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “PENYERAHAN” perkataan “, BANGKANGAN”.

Paten (Pindaan)

27

Seksyen 44

Pindaan seksyen 55

Subseksyen 55(5) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “akuan itu” perkataan “dan akuan itu tidak boleh ditarik balik”.

Seksyen baharu 55a

Seksyen 45

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 55

seksyen yang berikut:

“Bangkangan paten 55a.  (1)  Jika tiada prosiding di bawah mana-mana peruntukan

Akta ini dimulakan di Mahkamah berhubung dengan suatu paten, mana-mana orang yang berkepentingan boleh, dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh penyiaran pemberian paten, memulakan prosiding bangkangan dengan memfailkan notis bangkangan terhadap pemunya paten berhubung dengan pemberian paten itu kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan atas mana-mana alasan yang dinyatakan dalam perenggan 56(2)(a), (b) atau (c) bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

(2)

Jika orang yang berkepentingan itu bukan seorang pemastautin, jaminan kos bagi prosiding bangkangan sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar hendaklah diberikan oleh orang yang berkepentingan itu semasa pemfailan notis bangkangan di bawah subseksyen (1).

(3)

Selepas pemfailan notis bangkangan di bawah subseksyen (1), apa-apa permintaan atau pemfailan dokumen yang dibuat oleh orang yang berkepentingan atau pemunya paten berhubung dengan prosiding bangkangan hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

(4)

Pendaftar boleh membentuk suatu jawatankuasa bangkangan ad hoc untuk memberi cadangan kepada Pendaftar dalam membuat keputusan terhadap notis bangkangan itu.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta A1649

(6)

Jika Pendaftar memutuskan untuk mengekalkan pemberian paten di bawah perenggan (5)(a) atau (b), tiada permohonan di bawah seksyen 56 boleh dibuat oleh orang yang berkepentingan itu berhubung dengan paten yang berkenaan kecuali dengan cara tuntutan balas bagi pembatalan di bawah subseksyen 60(3) atau rayuan kepada Mahkamah di bawah seksyen 88.

(7)

Jika Pendaftar memutuskan untuk mengekalkan pemberian paten dengan apa-apa pindaan di bawah perenggan (5)(b), pindaan itu hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa dari tarikh pemberian paten.

(8)

Apa-apa keputusan Pendaftar di bawah seksyen ini atau apa-apa rayuan daripada keputusan Pendaftar itu di bawah seksyen 88 tidak menghalang mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding langgaran daripada mentaksahkan paten itu atas mana-mana alasan yang disebut dalam seksyen 56.

(9)

Dalam seksyen ini, “orang yang berkepentingan”

termasuklah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.”.

Pindaan seksyen 56

Seksyen 46

Subseksyen 56(2) Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (c), dengan memasukkan selepas koma bernoktah di hujung perenggan itu perkataan “atau”;

(b)

dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan

“; atau” di hujung perenggan itu dengan noktah; dan

(c)

dengan memotong perenggan (e).

Paten (Pindaan)

29

Seksyen baharu 56a

Seksyen 47

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 56

seksyen yang berikut:

“Prosiding pentaksahan selepas pemfailan notis bangkangan 56a.  (1)  Jika notis bangkangan yang difailkan oleh orang yang berkepentingan di bawah seksyen 55a belum diputuskan oleh

Pendaftar, orang yang berkepentingan itu tidak boleh memulakan apa-apa prosiding Mahkamah terhadap pemunya paten itu bagi pentaksahan paten yang berkenaan di bawah seksyen 56

melainkan jika—

(a)

kedua-dua pihak dalam prosiding bangkangan bersetuju bagi prosiding pentaksahan itu dimulakan di hadapan

Mahkamah; atau

(b)

orang yang berkepentingan itu ialah defendan dalam prosiding langgaran.

(2)

Sebelum orang yang berkepentingan itu memulakan prosiding pentaksahan di bawah seksyen 56 menurut perenggan (1)(a) atau (b), orang yang berkepentingan itu hendaklah—

(a)

memberitahu Pendaftar mengenai niatnya untuk memulakan prosiding itu; dan

(b)

menarik balik notis bangkangan yang difailkan di bawah seksyen 55a mengikut cara yang ditetapkan.”.

Pindaan seksyen 57

Seksyen 48

Seksyen 57 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “sebahagian daripada sesuatu tuntutan” perkataan

“di bawah seksyen 55a atau 56”; dan

(b)

dengan memotong subseksyen (2).

Undang-Undang Malaysia 30

Akta A1649

Seksyen 49

Pindaan seksyen 59

Subseksyen 59(3) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “lima tahun” dengan perkataan “enam tahun”.

Seksyen 50

Pindaan seksyen 75

Subseksyen 75(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Mahkamah” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan

“mahkamah”.

Seksyen baharu 76a

Seksyen 51

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 76

seksyen yang berikut:

“Pengkompaunan kesalahan 76a.  (1)  Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan yang menetapkan—

(a)

apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan

(b)

kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.

(2)

Pegawai berkuasa boleh, dengan keizinan secara bertulis

Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum suatu pendakwaan dimulakan, mengkompaun apa-apa kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabahnya telah melakukan kesalahan itu apabila dibayar kepada pegawai berkuasa suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh bertanggungan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.

(3)

Suatu tawaran bertulis di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu

Paten (Pindaan)

31

tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh pegawai berkuasa, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran bertulis itu dibuat.

(4)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan pegawai berkuasa boleh melucuthakkan atau memulangkan apa-apa buku, akaun, dokumen atau artikel yang disita berkenaan dengan kesalahan itu, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh pegawai berkuasa.

(5)

Semua jumlah wang yang diterima oleh pegawai berkuasa di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan

Persekutuan.”.

Seksyen 52

Penggantian seksyen 78f

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 78f dengan seksyen yang berikut:

“Orang yang berkelayakan bagi permohonan antarabangsa 78f.  (1)  Mana-mana orang yang merupakan warganegara

Malaysia yang bermastautin di luar Malaysia atau pemastautin berhak untuk memfailkan permohonan antarabangsa untuk mendapatkan paten dengan Pejabat Pendaftaran Paten.

(2)

Pemastautin yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada seksyen 23a.”.

Seksyen 53

Pindaan seksyen 78g

Subseksyen 78g(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “borang yang ditetapkan” dengan perkataan

“bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar”.

Undang-Undang Malaysia 32

Akta A1649

Seksyen 54

Pindaan seksyen 78n

Subseksyen 78n(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “menjadikan tersedia bagi pemeriksaan awam di bawah seksyen 34” dengan perkataan “penyiaran permohonan di bawah seksyen 33d”.

Seksyen 55

Pindaan seksyen 78o

Seksyen 78o Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Jika pemohon menetapkan Malaysia bagi maksud mendapatkan paten di bawah Akta ini bagi permohonan antarabangsa yang melibatkan suatu mikroorganisma yang tidak tersedia kepada orang awam dan tidak dapat diperihalkan dalam permohonan untuk mendapatkan paten dengan cara yang membolehkan reka cipta itu dijalankan oleh seorang yang mempunyai kemahiran biasa dalam ciptaan seni itu, suatu sampel mikroorganisma itu hendaklah didepositkan oleh pemohon itu atau mana-mana orang lain dengan

Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan atau Pihak Berkuasa

Depositari Antarabangsa tidak lewat daripada tarikh pemfailan permohonan antarabangsa itu.”.

Pindaan seksyen 79

Seksyen 56

Seksyen 79 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Pendaftar boleh, apabila suatu permintaan dibuat oleh seorang pemohon untuk mendapatkan paten mengikut mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, meminda permohonan paten, atau apa-apa dokumen yang dikemukakan di Pejabat Pendaftaran Paten berhubung dengan permohonan itu, bagi maksud—

(a)

membetulkan salah tulis atau kesalahan ketara; atau

Paten (Pindaan)

(b)

menukar nama atau alamat pemohon atau pereka cipta.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Permintaan bagi pindaan yang disebut dalam perenggan (1)(b) tidak boleh dibenarkan jika prosiding

Mahkamah berhubung dengan hak kepada permohonan paten di bawah seksyen 19 belum selesai.

(1b)

Pendaftar boleh, apabila suatu permintaan dibuat oleh seorang pemohon mengikut mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, meminda perihalan, tuntutan atau tuntutan-tuntutan, lukisan, atau abstrak, permohonan paten, dengan syarat bahawa pindaan itu tidak menzahirkan lebih daripada apa yang dizahirkan dalam permohonan asal sebagaimana yang difailkan.”; dan

(c)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“subseksyen (1)” dengan perkataan “seksyen ini”.

Pindaan seksyen 79a

Seksyen 57

Seksyen 79a Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Jika Pendaftar mendapati bahawa permintaan bagi pindaan paten di bawah subseksyen (1) menghendaki seorang Pemeriksa untuk memeriksa semula paten itu, pemunya paten hendaklah memfailkan suatu permintaan pemeriksaan semula dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

(1b)

Walau apa pun subseksyen (1a), pemohon boleh atas kerelaannya sendiri, membuat permintaan bagi pemeriksaan semula paten dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.”; dan

Undang-Undang Malaysia 34

Akta A1649

(b)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Pendaftar tidak boleh membuat pindaan di bawah seksyen ini jika terdapat—

(a)

mana-mana prosiding yang dalamnya kesahan paten itu mungkin menjadi isu yang belum selesai di hadapan mana-mana mahkamah;

atau

(b)

mana-mana prosiding bangkangan di bawah seksyen 55a yang belum selesai di hadapan

Pendaftar.”.

Pindaan seksyen 80

Seksyen 58

Seksyen 80 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (1)(d), dengan menggantikan perkataan

“meminda kos” dengan perkataan “mengawardkan kos, termasuk penilaian kos dan cara kos itu akan dibayar”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Suatu pihak dalam apa-apa prosiding di hadapan Pendaftar yang berhasrat untuk mendapatkan kos hendaklah membuat permohonan kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan.”;

(c)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“perenggan (1)(a), (b) dan (c)” dengan perkataan

“perenggan (1)(a) dan (b)”;

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Jika mana-mana orang tidak mematuhi apa-apa perintah atau arahan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah perenggan (1)(c) tanpa apa-apa alasan yang sah di sisi undang-undang, permohonannya di bawah

Akta ini hendaklah dikira sebagai ditinggalkan.”; dan

Paten (Pindaan)

(e)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4)  Tiada apa-apa pun dalam Akta ini boleh menghalang penzahiran maklumat oleh Pendaftar kepada Pihak Berkuasa Kompeten Kebangsaan atau

Pihak Berkuasa Kompeten berkaitan yang ditubuhkan di bawah Akta Akses kepada Sumber Biologi dan

Perkongsian Faedah 2017 [Akta 795] bagi maksud

Pejabat Pendaftaran Paten bertindak sebagai tempat pemeriksaan di bawah Akta itu berkenaan dengan suatu permohonan untuk mendapatkan paten sebelum penyiaran permohonan paten yang disebut dalam seksyen 33d.”.

Pindaan seksyen 81

Seksyen 59

Seksyen 81 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula peruntukan sedia ada sebagai subseksyen (1); dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Suatu peluang untuk didengar yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan apabila fi yang ditetapkan dibayar.”.

Pindaan seksyen 82

Seksyen 60

Seksyen 82 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula peruntukan sedia ada sebagai subseksyen (1);

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan

“Tertakluk kepada” perkataan “subseksyen 17b(4a), subseksyen 26b(1b),”;

Undang-Undang Malaysia 36

Akta A1649

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan

“subseksyen 27(1a),” perkataan “subseksyen 28(6),”;

dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “Mahkamah”

dengan perkataan “mana-mana mahkamah”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Permintaan bagi pelanjutan masa selepas habis tempoh bagi tempoh yang ditetapkan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.”.

Seksyen 61

Pindaan seksyen 83

Subseksyen 83(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Mahkamah” dengan perkataan “mana-mana mahkamah”.

Pindaan seksyen 84

Seksyen 62

Seksyen 84 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:

“(5a)  Jika pengeksploitasian suatu reka cipta yang dipaten melibatkan pengimportan keluaran farmaseutikal ke dalam Malaysia bagi maksud perenggan (1)(a)—

(b)

tiada saraan kena dibayar kepada pemunya paten di Malaysia di bawah subseksyen (3)

jika saraan yang memadai telah dibayar kepada pemunya paten di negara pengeksport.”; dan

Paten (Pindaan)

(b)

dalam subseksyen (8), dengan menggantikan perkataan

“Pengeksploitasian reka cipta itu” dengan perkataan

“Pengeksploitasian reka cipta yang dipaten itu”.

Pindaan seksyen 86

Seksyen 63

Seksyen 86 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a)  Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran seorang ejen paten atas alasan sebagaimana yang ditetapkan.”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4)  Pelantikan atau pertukaran seorang ejen paten—

(a)

hendaklah dibuat dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan;

dan

(b)

tidak boleh berkuat kuasa terhadap mana-mana orang ketiga melainkan jika pelantikan atau pertukaran itu didaftarkan dalam Daftar Ejen Paten.”; dan

(i)

dengan menggantikan perkataan “yang tidak mempunyai domisil atau tempat kediamannya di Malaysia” dengan perkataan “yang bukan pemastautin”; dan

(ii)

dengan memotong perkataan “berkenaan dengan patennya”.

Undang-Undang Malaysia 38

Akta A1649

Seksyen baharu 86a

Seksyen 64

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 86

seksyen yang berikut:

“Jurnal Rasmi Harta Intelek 86a.  (1)  Pendaftar hendaklah menyiarkan Jurnal Rasmi Harta

Intelek yang hendaklah mengandungi—

(a)

semua perkara yang berhubungan dengan permohonan paten dan paten yang dikehendaki untuk disiarkan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; dan

(b)

apa-apa maklumat atau perkara lain yang berhubungan dengan permohonan paten dan paten sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pendaftar.

(2)

Pendaftar hendaklah menjadikan tersedia Jurnal Rasmi itu kepada mana-mana orang apabila pembayaran fi yang ditetapkan diterima.

(3)

Penyiaran dalam Jurnal Rasmi hendaklah menjadi notis yang mencukupi mengenai apa-apa perkara yang dikehendaki untuk disiarkan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(4)

Suatu salinan Jurnal Rasmi hendaklah apabila dikemukakan dalam apa-apa prosiding undang-undang diterima sebagai keterangan tanpa diberikan bukti selanjutnya bahawa salinan itu telah disiarkan sedemikian.

(5)

Suatu salinan Jurnal Rasmi hendaklah menjadi keterangan prima facie bagi fakta yang dinyatakan dalamnya.

(6)

Jika Jurnal Rasmi itu disiarkan dalam lebih daripada satu bentuk, tarikh penyiaran Jurnal Rasmi itu hendaklah disifatkan sebagai tarikh Jurnal Rasmi itu disiarkan pada kali pertama dalam apa-apa bentuk.”.

Paten (Pindaan)

39

Pindaan seksyen 87

Seksyen 65

Subseksyen 87(2) Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (f), dengan memotong perkataan “borang,”;

dan

(b)

dengan memasukkan selepas perenggan (f) perenggan yang berikut:

“(fa) bagi menetapkan Pihak Berkuasa Depositari

Kebangsaan dan mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan Pihak Berkuasa

Depositari Kebangsaan;

(fb) bagi mengawal selia pemfailan atau pengeluaran dokumen melalui cara elektronik;

(fc) bagi mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan ejen paten;”.

Seksyen baharu 87a

Seksyen 66

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 87

seksyen yang berikut:

“Arahan atau notis amalan oleh Pendaftar 87a.  (1)  Pendaftar boleh mengeluarkan arahan atau notis amalan kepada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pendaftar.

(2)

Arahan atau notis amalan yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Jurnal

Rasmi dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam arahan atau notis amalan itu.

(3)

Mana-mana orang yang dinyatakan dalam arahan atau notis amalan hendaklah mematuhi arahan atau notis amalan itu.

Undang-Undang Malaysia 40

Akta A1649

(4)

Pendaftar boleh meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian arahan atau notis amalan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

(5)

Subseksyen (2) dan (3) hendaklah terpakai berkenaan dengan apa-apa pindaan pada arahan atau notis amalan yang dibuat di bawah subseksyen (4).

(6)

Apa-apa permohonan atau paten di bawah Akta ini hendaklah dikira sebagai ditinggalkan, ditarik balik, disifatkan telah ditarik balik, ditaksahkan atau luput, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika mana-mana arahan atau notis amalan yang dikeluarkan oleh Pendaftar tidak dipatuhi oleh orang yang dinyatakan dalam arahan atau notis amalan itu.”.

Pindaan seksyen 88

Seksyen 67

Seksyen 88 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan

“atau Perbadanan”; dan

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Prosedur rayuan di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibuat mengikut kaedah-kaedah mahkamah dalam perkara sivil.”.

Seksyen baharu 88a, 88b, 88c, 88d dan 88e

Seksyen 68

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 88

seksyen yang berikut:

“Kos prosiding di hadapan mahkamah 88a.

Dalam semua prosiding di hadapan mahkamah, mahkamah boleh, mengikut budi bicaranya, mengaward mana-mana pihak termasuk Pendaftar apa-apa kos sebagaimana yang difikirkannya munasabah tetapi Pendaftar tidak boleh diperintahkan untuk membayar kos mana-mana pihak.

Paten (Pindaan)

41

Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang 88b.  Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar atau Pemeriksa berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan

(b)

mana-mana pegawai lain berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Pendaftar, jika perbuatan itu telah diperintahkan atau dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan yang munasabah bahawa ia perlu bagi maksud yang dihasratkan untuk dicapai dengannya.

Penyampaian permohonan, perintah atau penghakiman kepada Pendaftar 88c.  (1)  Suatu salinan tiap-tiap permohonan kepada Mahkamah yang berhubungan dengan permohonan paten atau paten dalam prosiding termasuk rayuan terhadap permohonan itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar oleh pihak dalam permohonan itu mengikut cara yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

(2)

Apabila salinan permohonan termasuk rayuan di bawah subseksyen (1) diterima, Pendaftar boleh mengubah status permohonan paten atau paten itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftar, tertakluk kepada syarat, arahan, perintah atau penghakiman mahkamah selanjutnya.

(3)

Apa-apa perintah atau penghakiman yang dibuat oleh mahkamah apabila selesai permohonan termasuk rayuan di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada

Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan oleh pihak yang perintah atau penghakiman itu dibuat atau diberikan memihak kepadanya.

Undang-Undang Malaysia 42

Akta A1649

(4)

Apabila perintah atau penghakiman di bawah subseksyen (3) diterima, Pendaftar hendaklah—

(a)

merekodkan perintah atau penghakiman mahkamah itu dalam Daftar; dan

(b)

menyebabkan perintah atau penghakiman itu disiarkan dalam Jurnal Rasmi jika difikirkan perlu oleh

Pendaftar.

Pendaftar tidak boleh dijadikan pihak dalam prosiding tertentu 88d.  Dengan tiadanya kausa tindakan terhadap Pendaftar,

Pendaftar tidak boleh dijadikan pihak dalam prosiding yang berikut:

(a)

prosiding penyerahhakan kehakiman di bawah seksyen 19;

(b)

rayuan terhadap keputusan Pendaftar dalam memberikan lesen wajib di bawah seksyen 51;

(c)

rayuan terhadap keputusan Pendaftar dalam prosiding bangkangan di bawah seksyen 55a;

(f)

rayuan terhadap keputusan Menteri di bawah seksyen 84.

Kuasa untuk meminda Jadual 88e.

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual kepada Akta ini.”.

Paten (Pindaan)

43

Seksyen 69

Peruntukan kecualian dan peralihan

(2)

Apa-apa permohonan atau permintaan yang dibuat di bawah Akta ibu yang berhubungan dengan paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, diuruskan mengikut peruntukan

Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(3)

Apa-apa tindakan yang berhubungan dengan permohonan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang diambil atau dimulakan di bawah

Akta ibu yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya

Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, diteruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(4)

Apa-apa tindakan yang berhubungan dengan paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang diambil atau dimulakan di bawah Akta ibu yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, diteruskan mengikut peruntukan

Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(5)

Apa-apa kelulusan, keputusan, arahan, notis atau laporan yang dibuat atau dikeluarkan di bawah Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(6)

Apa-apa penyiasatan, perbicaraan atau prosiding yang dimulakan di bawah Akta ibu yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, diteruskan mengikut peruntukan

Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 44

Akta A1649

(7)

Walau apa pun subseksyen (1), (2), (3), (4), (5) dan (6)—

(a)

perenggan 14(2)(b) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam seksyen 5 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan paten yang disiarkan di bawah seksyen baharu 33d sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 25

Akta ini;

(b)

subseksyen 17b(4) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dan subseksyen baharu 17b(4a) sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 6 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan untuk mendapatkan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah Akta ibu yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini jika laporan yang dibuat oleh Pemeriksa mengikut subseksyen 30(1) atau (2)

Akta ibu dikeluarkan pada atau selepas tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini;

(c)

seksyen 19 Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam seksyen 8 Akta ini dan subseksyen 59(3) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam seksyen 49 Akta ini hendaklah terpakai bagi permohonan paten atau paten, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika tempoh lima tahun yang dinyatakan dalam kedua-dua seksyen 19

dan subseksyen 59(3) Akta ibu berhubung dengan permohonan paten atau paten itu belum habis tempoh pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini;

(d)

subseksyen baharu 26b(1b) sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 13 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan untuk mendapatkan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah Akta ibu yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini jika, pada atau selepas tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini—

(i)

bantahan dibangkitkan dalam laporan Pemeriksa yang dibuat di bawah subseksyen 30(1) atau (2)

Akta ibu bagi ketidakpatuhan seksyen 26 Akta ibu; atau

Paten (Pindaan)

(ii)

laporan pertama Pemeriksa yang dibuat di bawah subseksyen 30(1) atau (2) Akta ibu dikeluarkan oleh Pendaftar;

(e)

subseksyen 29a(6) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam seksyen 17 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan untuk mendapatkan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya

Akta ini jika, apa-apa permintaan bagi penangguhan dibuat pada atau selepas tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini bagi pemfailan permintaan bagi pemeriksaan substantif atau pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan;

(f)

perenggan baharu 33d(1)(a) sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 25 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan untuk mendapatkan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya

Akta ini jika, pada atau selepas tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, tempoh lapan belas bulan dari tarikh pemfailan atau tarikh prioriti, jika hak prioriti dituntut bagi permohonan itu, habis;

(g)

perenggan baharu 33d(1)(b) sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 25 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan untuk mendapatkan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya

Akta ini jika, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, tempoh lapan belas bulan dari tarikh pemfailan atau tarikh prioriti, jika hak prioriti dituntut bagi permohonan itu, belum habis;

(h)

subseksyen 34(3) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam seksyen 26 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan untuk mendapatkan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini jika permintaan bagi pemeriksaan di bawah subseksyen 34(3) dibuat pada atau selepas tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini;

Undang-Undang Malaysia 46

Akta A1649

(i)

seksyen baharu 34a sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 27 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan untuk mendapatkan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah

Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini dan disiarkan di bawah seksyen baharu 33d sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 25 Akta ini;

(j)

subseksyen 35a(1) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam seksyen 29 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang diberikan sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini jika notis tentang luputnya paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti itu disiarkan dalam Jurnal Rasmi pada atau selepas tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini;

(k)

perenggan baharu 36(1)(d) sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 30 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi mana-mana paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang masih berkuat kuasa;

(l)

seksyen baharu 55a dan 56a sebagaimana yang dimasukkan masing-masing melalui seksyen 45 dan 47 Akta ini hendaklah terpakai bagi paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang diberikan pada tarikh mula berkuat kuasanya seksyen 45 dan 47 Akta ini;

(m)

subseksyen baharu 79a(1a) sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 57 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi apa-apa permintaan untuk meminda paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini yang belum selesai di hadapan

Pendaftar pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini;

(n)

subseksyen baharu 82(2) sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 60 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi apa-apa perbuatan atau perkara yang perlu dilakukan di bawah

Akta ibu dan tempoh yang ditetapkan bagi tindakan atau perkara itu dilakukan telah habis sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini;

Paten (Pindaan)

(o)

seksyen baharu 88a sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 68 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi semua prosiding di hadapan mahkamah yang belum selesai pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini; dan

(p)

apa-apa perkara yang dikehendaki untuk disiarkan dalam

Warta di bawah peruntukan Akta ibu dan masih belum disiarkan sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, disiarkan dalam Jurnal Rasmi dan perkara itu hendaklah disifatkan telah disiarkan dalam Warta di bawah Akta ibu.

(8)

Subseksyen 37(1) dan (3) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam perenggan 31(a) dan (c) Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi apa-apa paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang masih berkuat kuasa pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini.

(9)

Subseksyen 37(1a) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam perenggan 31(b) Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya perenggan 31(b) Akta ini, terpakai bagi apa-apa paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang masih berkuat kuasa pada tarikh mula berkuat kuasanya perenggan 31(b) Akta ini.

(10)

Pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, subseksyen 39(4)

Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam seksyen 33 Akta ini tidak menjejaskan apa-apa transaksi kepentingan bercagar yang telah dibuat sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini.

(11)

Apa-apa perkara yang disiarkan dalam Warta mengikut peruntukan Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya perenggan 2(a) Akta ini—

(a)

hendaklah disifatkan telah disiarkan dalam Jurnal Rasmi dan seksyen baharu 86a sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 64 Akta ini hendaklah terpakai dengan sewajarnya tanpa menjejaskan mana-mana undang-undang bertulis lain; dan

(b)

hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya sehingga disiarkan selainnya dalam Jurnal Rasmi.

Common questions

What is Patents (Amendment) Act 2022?
Akta Paten (Pindaan) 2022 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1649 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.
Is Patents (Amendment) Act 2022 still in force?
Yes — Patents (Amendment) Act 2022 is currently in force.
When did Patents (Amendment) Act 2022 take effect?
Patents (Amendment) Act 2022 was first recorded in 2022.
How many sections does Patents (Amendment) Act 2022 have?
Patents (Amendment) Act 2022 contains 70 sections.
Where can I read the official version of Patents (Amendment) Act 2022?
The official text of Patents (Amendment) Act 2022 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Paten (Pindaan) 2022 (A1649) | mylaw.my