Skip to content

Seksyen 63

Seksyen 86 Akta ibu dipinda—

of Akta Paten (Pindaan) 2022

Amendment ActIn forceProvision 63 of 69
Seksyen 63

(a)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a)  Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran seorang ejen paten atas alasan sebagaimana yang ditetapkan.”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4)  Pelantikan atau pertukaran seorang ejen paten—

(a)

hendaklah dibuat dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan;

dan

(b)

tidak boleh berkuat kuasa terhadap mana-mana orang ketiga melainkan jika pelantikan atau pertukaran itu didaftarkan dalam Daftar Ejen Paten.”; dan

(c)

dalam subseksyen (5)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “yang tidak mempunyai domisil atau tempat kediamannya di Malaysia” dengan perkataan “yang bukan pemastautin”; dan

(ii)

dengan memotong perkataan “berkenaan dengan patennya”.

Undang-Undang Malaysia 38

Akta A1649

Seksyen baharu 86a