Skip to content

Seksyen 30

Peringkat Kempat

of Peraturan-Peraturan Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Orang Tahanan) 2012

P.U. (A)In forceProvision 30 of 171
Seksyen 30

(1)

Tertakluk kepada tatakelakuan, kerajinan dan kemajuan pemulihan, Pegawai yang Menjaga boleh mempertimbangkan seorang tahanan dinaikkan ke Peringkat

Keempat selepas berada dalam Peringkat Ketiga selama tujuh bulan.

(2)

Seorang tahanan itu hendaklah berada dalam Peringkat Keempat untuk tujuh bulan dan tertakluk kepada peraturan 31, boleh terus berada dalam Peringkat itu bagi baki tempoh tahanannya.