Seksyen 35
Penggunaan kekerasan
of Peraturan-Peraturan Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Orang Tahanan) 2012
(1)
Tiada seorang pun pegawai dibenarkan untuk menggunakan kekerasan ke atas orang tahanan melainkan jika dia terpaksa berbuat demikian kerana mempertahankan diri sendiri atau mempertahankan orang lain atau harta.
(2)
Orang tahanan yang cedera kerana kekerasan yang digunakan oleh seorang pegawai dalam mempertahankan diri sendiri atau mempertahankan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah diperiksa oleh pegawai perubatan dan suatu laporan serta-merta mengenai insiden dan kecederaan yang dialami oleh orang tahanan hendaklah dibuat kepada Pegawai yang Menjaga.