Skip to content

Seksyen 37

Kebersihan

of Peraturan-Peraturan Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Orang Tahanan) 2012

P.U. (A)In forceProvision 37 of 171
Seksyen 37
(1)

Tiap-tiap orang tahanan hendaklah menjaga kebersihan dan kekemasan diri, kawasan tempat tidur, sebagaimana yang ditentukan oleh Pegawai yang Menjaga, pakaian, kelengkapan tempat tidur, sel, perkakas, bahan bacaan dan barangan lain yang dikeluarkan untuk kegunaannya.

(2)

Tiap-tiap orang tahanan hendaklah membersihkan dan menyapu halaman, laluan, tempat kerja dan bahagian lain tempat tahanan sebagaimana yang diarahkan.

(3)

Pakaian tempat tahanan yang tidak dipakai lagi oleh orang tahanan selepas pembebasannya hendaklah dibasuh dengan bersih, dikeringkan dan dinyahjangkitan sebelum dipulangkan ke stor atau dikeluarkan semula.