Skip to content

Seksyen 2

Permohonan bagi pertukaran atau perubahan berkenaan dengan syarikat

of Peraturan-Peraturan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pertukaran atau Perubahan Berkenaan Dengan Syarikat) 2017

P.U. (A)In forceProvision 2 of 3
Seksyen 2

(1)

Suatu pemohonan bagi kelulusan untuk menukar atau mengubah—

(a)

nama syarikat;

(b)

modal terbitan dan berbayar syarikat;

(c)

amaun dana permulaan syarikat;

(d)

penyertaan ekuiti syarikat;

(e)

keanggotaan lembaga pengarah syarikat; atau

(f)

memorandum persatuan dan perkara-perkara persatuan syarikat,

P.U. (A) 362 3

di bawah seksyen 15 Akta hendaklah dibuat oleh lembaga pengarah syarikat itu kepada

Ketua Pendaftar dalam borang sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

(2)

Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan—

(a)

apa-apa dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar; dan

(b)

fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

(3)

Fi yang disebut dalam perenggan (2)(b) hendaklah kena dibayar kepada

Ketua Pendaftar.

(4)

Jika permohonan di bawah subperaturan (1) ditarik balik oleh lembaga pengarah syarikat atau disifatkan telah ditarik balik di bawah perenggan 15(4)(a) Akta, fi yang telah dibayar berkenaan dengan permohonan itu tidak akan dibayar balik.