Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 2023
Seksyen 6
(1)
Seseorang pekerja tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu seseorang pekerja tidak boleh—
(a)
membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual;
(b)
meminta layanan seksual daripada orang lain; atau
(c)
melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual terhadap orang lain dalam hal keadaan yang, setelah mengambil kira
P.U. (A) 247 11
segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut.
(2)
Pelakuan suatu perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain yang disebut dalam perenggan (1)(c)—
(a)
termasuklah perbuatan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada, atau di hadapan, orang lain itu, sama ada pernyataan itu dibuat secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain; dan
(b)
tidak terhad kepada pelakuan perbuatan itu di tempat kerja atau dalam waktu kerja sahaja selagi pelakuan perbuatan itu memburukkan nama Lembaga atau mencemarkan nama Lembaga.
Pekerjaan luar