Skip to content
P.U. (A)In force

Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 3) 2020

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2020
Sections
11

Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 3) 2020 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 117 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.

Front matterCover and publication detailsOpen

PENYAKIT BERJANGKIT 1988

Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

(Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)

(No. 3) 2020

Opening note

Preamble

  1. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa
(1)

Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan

Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 3) 2020.

(2)

Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa bagi tempoh mulai 15 April 2020

hingga 28 April 2020.

P.U. (A) 116-117.

1621

Tafsiran

Dalam Peraturan-Peraturan ini—

“kawasan tempatan jangkitan” ertinya mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan tempatan jangkitan di bawah Perintah Pencegahan dan

Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan)

2020 [P.U. (A) 87/2020];

“perkhidmatan perlu” ertinya perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual dan termasuklah apa-apa aktiviti dan proses dalam rantaian pembekalan perkhidmatan perlu itu.

Kawalan pergerakan

(1)

Tiada seorang pun boleh bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain kecuali bagi maksud di bawah subperaturan (2).

(2)

Seseorang boleh bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk membeli makanan, ubat, penokok diet atau keperluan harian;

(b)

untuk membekalkan atau menghantar makanan, ubat, penokok diet atau keperluan harian;

(c)

untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan;

(d)

untuk memperoleh apa-apa perkhidmatan perlu selain yang disebut dalam perenggan (a) dan (c);

(f)

untuk menyediakan apa-apa perkhidmatan perlu atau melaksanakan apa-apa tugas berhubung dengan apa-apa perkhidmatan perlu.

(3)

Subperaturan (2) tidak terpakai jika suatu arahan dibuat di bawah perenggan 11(3)(b) Akta.

Syarat-syarat bagi pergerakan

(1)

Jika seseorang bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain—

(a)

untuk membeli makanan, ubat, penokok diet atau keperluan harian—

(i)

pergerakannya hendaklah hanya ke suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya, atau ke suatu tempat yang paling hampir dengan kediamannya jika makanan, ubat, penokok diet atau keperluan harian tidak terdapat di suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya; dan 1622

(ii)

dia tidak boleh disertai mana-mana orang lain, melainkan jika adalah semunasabahnya perlu baginya untuk disertai mana-mana orang lain;

(b)

untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan—

(i)

pergerakannya hendaklah hanya ke suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya, atau ke suatu tempat yang paling hampir dengan kediamannya jika perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan tidak terdapat di suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya; dan

(ii)

dia boleh disertai mana-mana orang lain yang semunasabahnya perlu;

(c)

untuk melaksanakan apa-apa tugas rasmi, dia hendaklah mengemukakan surat kebenaran daripada majikannya jika dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa;

(d)

untuk menyediakan apa-apa perkhidmatan perlu atau melaksanakan apa-apa tugas berhubung dengan apa-apa perkhidmatan perlu, dia hendaklah memberikan bukti yang perlu jika dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa; atau

(e)

untuk memperoleh apa-apa perkhidmatan perlu, dia hendaklah memberikan bukti yang perlu jika dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa.

(2)

Bagi maksud mengawal pergerakan orang yang membeli makanan, pemunya atau pengendali, atau orang yang bertanggungjawab bagi, suatu perniagaan menjual makanan hendaklah menjalankan perniagaan hanya secara pandu lalu, bawa pulang atau penghantaran tertakluk kepada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.

Pergerakan kerana sebab khas dan tertentu

Jika, kerana sebab khas dan tertentu, seseorang perlu bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain, orang itu hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pegawai polis yang menjaga balai polis yang paling hampir dengan kediaman orang itu.

Kawalan perhimpunan

(1)

Tiada seorang pun boleh berhimpun atau terlibat dalam mana-mana perhimpunan di dalam mana-mana premis di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan sama ada bagi maksud keagamaan, sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan.

1623

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), seseorang boleh berhimpun atau terlibat dalam suatu perhimpunan bagi maksud upacara pengebumian dengan syarat orang yang hadir ke upacara itu hendaklah dalam bilangan yang minimum.

Pergerakan untuk menjalankan kerja ke atas infrastruktur

(1)

Walau apa pun peraturan 3, apa-apa pergerakan dari satu tempat ke suatu tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain boleh dibuat oleh mana-mana orang—

(a)

untuk menjalankan apa-apa kerja ke atas mana-mana infrastruktur yang berkaitan dengan mana-mana perkhidmatan perlu yang jika tidak dijalankan akan menjejaskan penyediaan perkhidmatan perlu itu; atau

(b)

untuk menjalankan apa-apa kerja ke atas mana-mana infrastruktur yang jika tidak dijalankan akan menjejaskan keselamatan dan kestabilan infrastruktur itu.

(2)

Jika seseorang bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain untuk menjalankan kerja yang disebut dalam subperaturan (1), dia hendaklah memberikan bukti yang perlu jika dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa.

Kehendak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Malaysia

Seseorang warganegara, pemastautin tetap Malaysia atau ekspatriat yang pulang dari luar negara hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Malaysia sebelum mendapatkan pelepasan imigresen di mana-mana pintu masuk dan hendaklah mematuhi apa-apa arahan seseorang pegawai diberi kuasa.

Permintaan maklumat

Jika seseorang pegawai diberi kuasa meminta apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit daripada mana-mana orang atau kumpulan orang, orang atau kumpulan orang itu hendaklah mematuhi permintaan itu.

Arahan Ketua Pengarah

Ketua Pengarah boleh mengeluarkan apa-apa arahan mengikut apa-apa cara, sama ada secara am atau khusus, kepada mana-mana orang atau kumpulan orang supaya mengambil apa-apa langkah bagi maksud mencegah dan mengawal apa-apa penyakit berjangkit di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan.

1624

Kesalahan

(1)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana arahan Ketua Pengarah atau seseorang pegawai diberi kuasa melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2)

Jika mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah

Peraturan-Peraturan ini ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau membantu dalam pengurusannya—

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu; dan

(b)

jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya;

dan

(ii)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.

JADUAL

PERKHIDMATAN PERLU

[Peraturan 2]

1.

Makanan

2.

Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet

3.

Air

4.

Tenaga

5.

Keselamatan dan pertahanan

1625

6.

Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan

7.

Pengangkutan melalui darat, air atau udara

8.

Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo, dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi

9.

Komunikasi dan internet

10.

Perbankan dan kewangan

11.

E-dagang

12.

Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir

13.

Hotel dan penginapan

14.

Apa-apa perkhidmatan, kerja atau industri sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja atau industri itu

15.

Logistik yang terhad kepada penyediaan perkhidmatan perlu

Dibuat 14 April 2020

[KKM. 600-29/4/146 Jld. 2 (30); PN(PU2)470/VI]

Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba

Menteri Kesihatan

PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS

DISEASES ACT 1988

Prevention and Control of Infectious Diseases (Measures within

Infected Local Areas) (No. 3) Regulations 2020

In exercise of the powers conferred by subsection 11(2) of the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 [Act 342], the Minister makes the following regulations:

Citation and commencement

1. (1) These regulations may be cited as the Prevention and Control of Infectious Diseases (Measures within Infected Local Areas) (No. 3)

Regulations 2020.

(2)

These Regulations have effect for the period from 15 April 2020 to 28 April 2020.

1626

Interpretation

2. In these Regulations—

“infected local area” means any area declared to be an infected local area under the Prevention and Control of Infectious Diseases (Declaration of

Infected Local Areas) Order 2020 [P.U. (A) 87/2020];

“essential services” means the services as specified in the Schedule and includes any activity and process in the supply chain of such essential services.

Control of movement

3. (1) No person shall move from one place to another place within any infected local area or from one infected local area to another infected local area except for the purposes under subregulation (2).

(2)

A person may move from one place to another place within any infected local area or from one infected local area to another infected local area for the following purposes:

(a)

to purchase food, medicine, dietary supplement or daily necessities;

(b)

to supply or deliver food, medicine, dietary supplement or daily necessities;

(c)

to seek healthcare or medical services;

(d)

to procure any essential services other than those referred to in paragraphs (a) and (c);

(e)

to perform any official duty; or

(f)

to provide any essential services or perform any duty in relation to any essential services.

(3)

Subregulation (2) shall not apply if a direction is made under paragraph 11(3)(b) of the Act.

Conditions for movement

4. (1) Where a person moves from one place to another place within any infected local area or from one infected local area to another infected local area—

(a)

to purchase food, medicine, dietary supplement or daily necessities—

(i)

his movement shall only be to a place within a radius of not more than ten kilometres from his residence, or to a place nearest to his residence if food, medicine, dietary supplement is or daily necessities are not available at a place within a radius of not more than ten kilometres from his residence;

and

1627

(ii)

he shall not be accompanied by any other person, unless it is reasonably necessary for him to be accompanied by any other person;

(b)

to seek healthcare or medical services—

(i)

his movement shall only be to a place within a radius of not more than ten kilometres from his residence, or to a place nearest to his residence if healthcare or medical services are not available at a place within a radius of not more than ten kilometres from his residence; and

(ii)

he may be accompanied by any other person as may be reasonably necessary;

(c)

to perform any official duty, he shall produce an authorization letter from his employer if required by an authorized officer;

(d)

to provide any essential services or perform any duty in relation to any essential services, he shall provide the necessary proof if requested by an authorized officer; or

(e)

to procure any essential services, he shall provide the necessary proof if requested by an authorized officer.

(2)

For the purpose of controlling the movement of persons purchasing food, the owner or operator of, or person responsible for, a business of selling food shall carry out business only by way of drive-through, take away or delivery subject to any direction as may be issued by the Director General.

Movement due to special and particular reason

5. Where, due to a special and particular reason, a person needs to move from one place to another place within any infected local area or from one infected local area to another infected local area, that person shall obtain prior written permission of the police officer in charge of the police station nearest to the residence of such person.

Control of gathering

6. (1) No person shall gather or be involved in any gathering in any premises within any infected local area whether for religious, sports, recreational, social or cultural purpose.

(2)

Notwithstanding subregulation (1), a person may gather or be involved in a gathering for the purposes of a funeral ceremony on the condition that the attendance to such ceremony shall be kept to the minimum.

1628

Movement to carry out works on infrastructure

7. (1) Notwithstanding regulation 3, any movement from one place to another place within any infected local area or from one infected local area to another infected local area may be made by any person—

(a)

to carry out any works on any infrastructure related to any essential services which if not carried out would affect the provision of the essential services; or

(b)

to carry out any works on any infrastructure which if not carried out would affect the safety and the stability of the infrastructure.

(2)

Where a person moves from one place to another place within any infected local area or from one infected local area to another infected local area to carry out the works referred to in subregulation (1), he shall provide the necessary proof if requested by an authorized officer.

Requirement to undergo health examination upon arrival in Malaysia

8. A citizen, a permanent resident of Malaysia or an expatriate returning from overseas shall undergo health examination upon arrival in Malaysia before proceeding for immigration clearance at any point of entry and shall comply with any direction of an authorized officer.

Request for information

9. Where an authorized officer requests for any information relating to the prevention and control of infectious disease from any person or body of persons, the person or body of persons shall comply with the request.

Direction of Director General 10.

The Director General may issue any direction in any manner, whether generally or specifically, to any person or group of persons to take such measures for the purpose of preventing and controlling any infectious diseases within any infected local area.

Offence

11. (1) Any person who contravenes any provision of these Regulations or any direction of the Director General or an authorized officer commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.

1629

(2)

Where any person who commits an offence under these Regulations is a company, limited liability partnership, firm, society or other body of persons, a person who at the time of the commission of the offence was a director, compliance officer, partner, manager, secretary or other similar officer of the company, limited liability partnership, firm, society or other body of persons or was purporting to act in the capacity or was in any manner or to any extent responsible for the management of any of the affairs of the company, limited liability partnership, firm, society or other body of persons or was assisting in its management—

(a)

may be charged severally or jointly in the same proceedings with the company, limited liability partnership, firm, society or the body of persons; and

(b)

if the company, limited liability partnership, firm, society or the body of persons is found guilty of the offence, shall be deemed to be guilty of that offence and shall be liable to the same punishment or penalty as an individual unless, having regard to the nature of his functions in that capacity and to all circumstances, he proves—

(i)

that the offence was committed without his knowledge; and

(ii)

that the offence was committed without his consent or connivance and that he had taken all reasonable precautions and exercised due diligence to prevent the commission of the offence.

ESSENTIAL SERVICES

[Regulation 2]

1.

Food

2.

Healthcare and medical including dietary supplement

3.

Water

4.

Energy

5.

Security and defence

6.

Solid waste and public cleansing management and sewerage

7.

Transportation by land, water or air

8.

Port, dock and airport services and undertakings, including stevedoring, lighterage, cargo handling, and pilotage, and storing or bulking of commodities

9.

Communication and internet

10.

Banking and finance

11.

E-commerce

12.

Production, refining, storage, supply and distribution of fuel and lubricants

1630

13.

Hotels and accommodations

14.

Any services, works or industry as determined by the Minister after consultation with the authority regulating the services, works or industry

15.

Logistics confined to the provision of essential services

Made 14 April 2020

[KKM. 600-29/4/146 Jld. 2 (30); PN(PU2)470/VI]

Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba

Minister of Health

P.U. (A) 117-118.

Common questions

What is Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 3) 2020?
Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 3) 2020 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 117 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.
Is Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 3) 2020 still in force?
Yes — Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 3) 2020 is currently in force.
When did Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 3) 2020 take effect?
Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 3) 2020 was first recorded in 2020.
How many sections does Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 3) 2020 have?
Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 3) 2020 contains 11 sections.
Where can I read the official version of Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 3) 2020?
The official text of Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 3) 2020 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.