Seksyen 3
Kawalan pergerakan
Tiada seorang pun boleh bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain kecuali bagi maksud di bawah subperaturan (2).
(2)
Seseorang boleh bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi maksud yang berikut:
(a)
untuk membeli makanan, ubat, penokok diet atau keperluan harian;
(b)
untuk membekalkan atau menghantar makanan, ubat, penokok diet atau keperluan harian;
(c)
untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan;
(d)
untuk memperoleh apa-apa perkhidmatan perlu selain yang disebut dalam perenggan (a) dan (c);
(e)
untuk melaksanakan apa-apa tugas rasmi; atau
(f)
untuk menyediakan apa-apa perkhidmatan perlu atau melaksanakan apa-apa tugas berhubung dengan apa-apa perkhidmatan perlu.
(3)
Subperaturan (2) tidak terpakai jika suatu arahan dibuat di bawah perenggan 11(3)(b) Akta.