Skip to content

Seksyen 4

Syarat-syarat bagi pergerakan

of Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 3) 2020

P.U. (A)In forceProvision 4 of 11
Seksyen 4
(1)

Jika seseorang bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain—

(a)

untuk membeli makanan, ubat, penokok diet atau keperluan harian—

(i)

pergerakannya hendaklah hanya ke suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya, atau ke suatu tempat yang paling hampir dengan kediamannya jika makanan, ubat, penokok diet atau keperluan harian tidak terdapat di suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya; dan 1622

(ii)

dia tidak boleh disertai mana-mana orang lain, melainkan jika adalah semunasabahnya perlu baginya untuk disertai mana-mana orang lain;

(b)

untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan—

(i)

pergerakannya hendaklah hanya ke suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya, atau ke suatu tempat yang paling hampir dengan kediamannya jika perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan tidak terdapat di suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya; dan

(ii)

dia boleh disertai mana-mana orang lain yang semunasabahnya perlu;

(c)

untuk melaksanakan apa-apa tugas rasmi, dia hendaklah mengemukakan surat kebenaran daripada majikannya jika dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa;

(d)

untuk menyediakan apa-apa perkhidmatan perlu atau melaksanakan apa-apa tugas berhubung dengan apa-apa perkhidmatan perlu, dia hendaklah memberikan bukti yang perlu jika dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa; atau

(e)

untuk memperoleh apa-apa perkhidmatan perlu, dia hendaklah memberikan bukti yang perlu jika dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa.

(2)

Bagi maksud mengawal pergerakan orang yang membeli makanan, pemunya atau pengendali, atau orang yang bertanggungjawab bagi, suatu perniagaan menjual makanan hendaklah menjalankan perniagaan hanya secara pandu lalu, bawa pulang atau penghantaran tertakluk kepada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.