Skip to content

Seksyen 135

Aduan atau permohonan oleh orang tahanan

of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015

P.U. (A)In forceProvision 135 of 158
Seksyen 135

(1)

Pegawai penjara hendaklah tanpa kelengahan memberitahu Pegawai yang Menjaga atau mana-mana pegawai kanan penjara nama mana-mana orang tahanan yang ingin berjumpa dengannya, atau membuat apa-apa aduan atau permintaan kepada pihak berkuasa atasan.

(2)

Suatu rekod hendaklah dibuat tentang pemeriksaan itu dalam buku yang disimpan bagi maksud itu.

P.U. (A) 206 70