Skip to content

Seksyen 75

Lawatan kepada orang tahanan dalam pengurungan rapi

of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015

P.U. (A)In forceProvision 75 of 158
Seksyen 75

(1)

Orang tahanan yang dihukum pengurungan dalam sel hukuman tidak boleh berjumpa dengan sesiapa selain pegawai penjara yang menjalankan tugas mereka, guru agama, pegawai pemulihan dan Pegawai Perubatan.

(2)

Orang tahanan yang disebut di bawah subperaturan (1) hanya boleh bersenam di luar sebagaimana yang Pegawai Perubuatan perakui amat perlu bagi kesihatan.

(3)

Tiap-tiap orang tahanan yang menjalani pengurungan dalam sel hukuman dan pengurungan dalam sel hukuman dengan diet terhad hendaklah dilawati sekurang-kurangnya sekali sehari oleh Pegawai yang Menjaga dan Pegawai Perubatan.

P.U. (A) 206 48