Skip to content

Seksyen 77

Menjalankan hukuman

of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015

P.U. (A)In forceProvision 77 of 158
Seksyen 77

(1)

Orang tahanan yang melakukan kesalahan semasa berada di sesuatu tempat tahanan boleh dibicara dan menjalani hukuman di mana-mana tempat tahanan jika orang tahanan itu dialihkan.

(2)

Pegawai yang Menjaga tempat tahanan di mana kesalahan itu dilakukan hendaklah mengendalikan perbicaraan itu.

(3)

Apa-apa hukuman yang dikenakan ke atas orang tahanan boleh dijalankan dalam mana-mana tempat tahanan atau baki hukuman itu dalam suatu tempat tahanan lain.