Skip to content

Seksyen 10

Pengeluaran lesen dan penolakan untuk mengeluarkan lesen

of Peraturan-Peraturan Perkapalan Saudagar (Pendaftaran dan Pelesenan Kapal) 2026

P.U. (A)In forceProvision 10 of 14
Seksyen 10

(1)

Jika pegawai pelesenan berpuas hati bahawa kehendak bagi suatu lesen telah dipenuhi, pegawai pelesenan hendaklah mengeluarkan suatu lesen kepada pemunya atau nakhoda sesuatu kapal mengikut seksyen 59 Ordinan, setelah dibayar fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

(2)

Pegawai pelesenan hendaklah menolak untuk mengeluarkan suatu lesen jika dia berpuas hati bahawa pemunya atau nakhoda kapal itu tidak mematuhi apa-apa kehendak bagi lesen.

(3)

Jika pegawai pelesenan menolak untuk mengeluarkan suatu lesen, dia hendaklah menyampaikan suatu notis kepada pemunya atau nakhoda kapal itu dalam tempoh empat belas hari bekerja dari tarikh permohonan itu yang menyatakan penolakan dan alasan bagi penolakan itu.