Seksyen 12
Pembatalan lesen
of Peraturan-Peraturan Perkapalan Saudagar (Pendaftaran dan Pelesenan Kapal) 2026
(1)
Pegawai pelesenan boleh membatalkan suatu lesen yang dikeluarkan di bawah peraturan 10, jika dia berpuas hati bahawa—
P.U. (A) 334 8
(a)
kapal itu dikendalikan bertentangan dengan mana-mana terma atau syarat lesen;
(b)
kapal itu tidak lagi sesuai bagi maksud yang ia telah dilesenkan; atau
(c)
lesen itu diperoleh melalui fraud atau salah nyataan.
(2)
Suatu notis bertulis hendaklah diberikan kepada pemegang lesen sekurang-kurangnya empat belas hari bekerja sebelum apa-apa pembatalan suatu lesen dibuat dan pemegang lesen itu hendaklah diberikan peluang untuk mengemukakan suatu representasi secara bertulis.
(3)
Walau apa pun subperaturan (2), pegawai pelesenan boleh membatalkan suatu lesen atas alasan keselamatan awam dengan serta-merta.