Seksyen 3
Pendaftaran dan penolakan untuk mendaftar
of Peraturan-Peraturan Perkapalan Saudagar (Pendaftaran dan Pelesenan Kapal) 2026
(1)
Jika Pendaftar berpuas hati bahawa kehendak yang berhubungan dengan pendaftaran sesuatu kapal sebagai kapal Malaysia telah dipenuhi, Pendaftar hendaklah mendaftarkan kapal itu mengikut seksyen 25 Ordinan.
(2)
Pendaftar boleh menolak untuk mendaftarkan sesuatu kapal sebagai kapal Malaysia jika dia berpuas hati bahawa pemunya atau nakhoda kapal itu tidak mematuhi apa-apa kehendak bagi pendaftaran.
(3)
Jika Pendaftar menolak untuk mendaftarkan sesuatu kapal sebagai kapal Malaysia, dia hendaklah menyampaikan suatu notis kepada pemunya atau nakhoda kapal itu dalam tempoh empat belas hari bekerja dari tarikh permohonan itu yang menyatakan penolakan dan alasan bagi penolakan itu.