Seksyen 6
Penandaan kapal
of Peraturan-Peraturan Perkapalan Saudagar (Pendaftaran dan Pelesenan Kapal) 2026
Sebelum sesuatu kapal didaftarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini, kapal itu hendaklah ditandakan secara kekal dan mudah dilihat hingga memuaskan hati
Pendaftar, dengan—
P.U. (A) 334 6
(a)
nama kapal itu—
(i)
pada setiap haluan kapal itu; dan
(ii)
nama pelabuhan pendaftaran pada buritan kapal itu, dalam huruf besar tingginya tidak kurang daripada 100 milimeter dan dicat dalam warna putih atau kuning di atas latar belakang gelap, atau dalam warna hitam di atas latar belakang cerah;
(b)
nombor rasmi kapal itu dan nombor yang menandakan tanan yang berdaftar pada pelancar utama kapal itu; dan
(c)
suatu skala yang menandakan drauf air dalam unit metrik pada setiap sisi tiang haluan dan buritan, dalam huruf besar yang tingginya tidak kurang daripada 100 milimeter, dengan garis bawah huruf itu sama dengan garis drauf dan dicat dalam warna putih atau kuning di atas latar belakang gelap.