Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2019

Seksyen 4

(1)

Setelah suatu penyiasatan dijalankan dan didapati bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun yang disebut dalam subperaturan 2(1) telah dilakukan,

Ketua Pengarah atau pegawai penguat kuasa yang diberi kuasa secara bertulis oleh

Ketua Pengarah, boleh mengeluarkan suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dalam Borang 2 Jadual Kedua kepada orang yang melakukan kesalahan itu.

(2)

Tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan di bawah subperaturan (1)

adalah sah bagi tempoh empat belas hari atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah atau pegawai penguat kuasa, dan jika pembayaran penuh bagi jumlah yang ditawarkan itu dibuat dalam tempoh yang dinyatakan itu, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang yang disebut dalam subperaturan (1).

(3)

Jika tiada pembayaran bagi kompaun yang telah ditawarkan itu dibuat dalam tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan (2), pendakwaan boleh dimulakan terhadap orang yang disebut dalam subperaturan (1) tanpa notis selanjutnya.

Pembayaran kompaun