Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2019
Seksyen 5
(1)
Jika suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan di bawah subperaturan 4(1) disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia boleh membayar kompaun itu—
(a)
secara tunai dan diserahkan sendiri ke Jabatan Perkhidmatan
Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia atau mana-mana cawangan yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; atau
(b)
melalui kiriman wang, wang pos, pesanan bank atau draf bank yang kena dibayar kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan
Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia dan dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja”.
P.U. (A) 120 4
(2)
Jika pembayaran dibuat mengikut perenggan (1)(b), kiriman wang, wang pos, pesanan bank atau draf bank itu hendaklah diserahkan sendiri kepada
Ketua Pengarah atau dihantar melalui pos berdaftar ke alamat yang dinyatakan dalam
Borang 2 Jadual Kedua.
(3)
Apabila pembayaran yang dibuat mengikut subperaturan (1) diterima,
Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi bagi pembayaran itu kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dibuat.
P.U. (A) 120 5