Skip to content

Seksyen 12

Pemindahan ke kemudahan pengurusan sisa radioaktif

of Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Pengurusan Sisa Radioaktif) 2011

P.U. (A)In forceProvision 12 of 32
Seksyen 12

(1)

Sekiranya seseorang pemegang lesen tidak dapat memulangkan sumber terkedap terpakai kepada pembekalnya, pemegang lesen itu hendaklah memperoleh suatu kelulusan bertulis daripada Lembaga terlebih dahulu sebelum menghantar sumber terkedap terpakai itu ke kemudahan pengurusan sisa radioaktif.

(2)

Kemudahan pengurusan sisa radioaktif di bawah subperaturan (1)

hendaklah diluluskan oleh Lembaga.

P.U. (A) 274 14