Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini —
of Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2024
P.U. (A)In forceProvision 2 of 11
Seksyen 2
“pasar dalam talian” ertinya mana-mana tapak urus niaga perdagangan yang dijalankan melalui cara elektronik oleh mana-mana pembekal;
“pembekal pasar dalam talian” ertinya mana-mana orang yang menjalankan perdagangan atau pengiklanan melalui pasar dalam talian;
“pengendali pasar dalam talian” ertinya mana-mana orang yang menyediakan atau mengendalikan pasar dalam talian bagi maksud perdagangan atau pengiklanan.