Seksyen 10
Tarikh akruan faedah yang kena dibayar kepada orang tanggungan
of Peraturan-Peraturan Sistem Insurans Pekerjaan (Faedah dan Program Penempatan Pekerjaan Semula) 2018
Jika orang berinsurans yang berhak mendapat elaun mencari pekerjaan, elaun bekerja semula awal, elaun pendapatan berkurangan atau elaun latihan yang diberikan di bawah Akta mati, dalam keadaan koma atau tidak sempurna akal, tarikh akruan bagi
P.U. (A) 354 10
elaun mencari pekerjaan, elaun bekerja semula awal, elaun pendapatan berkurangan atau elaun latihan itu yang kena dibayar kepada orang tanggungan bagi orang berinsurans itu oleh Pertubuhan adalah dari tarikh orang berinsurans itu mati, dalam keadaan koma atau tidak sempurna akal.