Skip to content

Seksyen 12

of Peraturan-Peraturan Sistem Insurans Pekerjaan (Faedah dan Program Penempatan Pekerjaan Semula) 2018

P.U. (A)In forceProvision 11 of 21

Seksyen 12

(1)

Jika sebelum pengemukaan suatu tuntutan bagi faedah di bawah Akta orang berinsurans telah membuat—

(a)

apa-apa representasi bagi pengembalian pekerjaan di bawah Akta

Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177];

(b)

apa-apa tuntutan bagi bayaran faedah penamatan atau rentikerja sentara di bawah Akta Kerja 1955 [Akta 265], Ordinan Buruh Sabah

[Sabah Bab 67] dan Ordinan Buruh Sarawak [Sarawak Bab 76]; atau

(c)

apa-apa aduan yang berhubungan dengan persaraan pramasa di bawah

Akta Umur Persaraan Minimum 2012 [Akta 753], orang berinsurans itu hendaklah dengan segera, selepas mengemukakan tuntutan bagi faedah itu, memberitahu Pertubuhan mengenai hakikat itu mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

(2)

Jika selepas pengemukaan suatu tuntutan bagi faedah di bawah Akta orang berinsurans membuat apa-apa representasi, tuntutan atau aduan yang disebut dalam

P.U. (A) 354 11

perenggan (1)(a), (b) atau (c), orang berinsurans itu hendaklah dengan segera memberitahu Pertubuhan mengenai hakikat itu mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

Perubahan butir-butir