Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
of Akta Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan) 2012
“anak” termasuklah anak tiri dan anak yang diambil sebagai anak angkat oleh penerima di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan;
6
Undang-Undang Malaysia 6
Akta 745
“Bintang Kehormatan” ertinya Bintang Kehormatan Pingat
Tentera Udara yang dianugerahkan di bawah Statut Pingat Tentera
Udara [P.W. 4043/68];
“elaun kenangan” ertinya elaun kenangan yang diberikan di bawah subseksyen 3(1);
“isteri” atau “suami” ertinya balu atau duda seseorang penerima yang mati yang perkahwinan mereka diiktiraf di Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama atau adat;
“penerima” ertinya seseorang yang telah dianugerahi Bintang
Kehormatan;
“penjamin sosial” ertinya seseorang yang mengadakan, bukan bagi maksud membuat keuntungan, mana-mana jaminan yang berikut:
(a)
suatu jaminan untuk suatu pinjaman, biasiswa atau pemberian bagi maksud pendidikan atau penyelidikan;
(b)
suatu jaminan untuk suatu transaksi sewa beli suatu kenderaan untuk kegunaan peribadi atau bukan perniagaan;
(c)
suatu jaminan untuk suatu transaksi pinjaman perumahan semata-mata untuk kediaman persendirian.