Skip to content
In forceUpdated to 17 May 2012Read it in English

3. Pemberian elaun kenangan

Feedback & support
(1)

Maka bolehlah diberikan suatu elaun kenangan sebanyak satu ribu ringgit sebulan kepada seseorang penerima Bintang

Kehormatan, dan jika Bintang Kehormatan itu dianugerahkan kepada penerima itu lebih daripada sekali, maka bolehlah diberikan suatu elaun kenangan yang berasingan sebanyak satu ribu ringgit sebulan kepadanya berkenaan dengan setiap Bintang Kehormatan yang dianugerahkan kepadanya.

(2)

Elaun kenangan hanya akan dibayar kepada seseorang penerima yang masih hidup pada permulaan kuat kuasa Akta ini.

(3)

Elaun kenangan hendaklah dibayar secara tunggakan tidak lebih awal daripada penghujung setiap bulan.

Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan)

(4)

Jika Bintang Kehormatan dianugerahkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, elaun kenangan hendaklah dibayar kepada penerima, dalam apa-apa keadaan, mulai dari bulan permulaan kuat kuasa Akta ini.

(5)

Jika Bintang Kehormatan dianugerahkan pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, elaun kenangan hendaklah dibayar kepada penerima mulai dari bulan yang Bintang Kehormatan itu dianugerahkan kepadanya.

Report