Seksyen 14
of Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990
Seksyen 14
Hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap pengendali berlesen untuk sentiasa memaklumkan kepada pihak berkuasa pelabuhan dengan serta-merta mengenai perkara berikut:
(a)
apa-apa pertukaran penguasaan ke atas pengendali berlesen;
(b)
apa-apa pertikaian perindustrian di antara pengendali berlesen dengan pekerjanya;
(c)
apa-apa kemalangan atau kecelakaan perindustrian yang melibatkan mana-mana pekhidmat, pekerja atau agen pengendali berlesen;
(d)
apa-apa kejadian kebakaran di dalam premisnya;
(e)
apa-apa kecurian atau curidikit di dalam premisnya atau yang melibatkan mana-mana kargo dalam milikan atau kawalannya; dan
(f)
apa-apa prosiding atau tuntutan yang dimulakan oleh atau dibuat terhadap pengendali berlesen yang boleh
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 422
menjejaskan kemampuannya untuk melaksanakan apa-apa syarat di bawah lesen.
(2)
Bagi maksud perenggan (1)(a), ungkapan “penguasaan”
berhubung dengan seseorang pengendali berlesen bermakna kuasa untuk mengarah pengurusan dan polisi pengendali berlesen.