Seksyen 19
of Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990
Seksyen 19
Pengendali berlesen hendaklah mengambil kerja mana-mana pegawai dan pekhidmat pihak berkuasa pelabuhan yang, setelah diberi opsyen oleh pihak berkuasa pelabuhan, memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja kepada pengendali tersebut, menurut apa-apa perkiraan sebagaimana yang diperuntukkan oleh rancangan penswastaan pelabuhan yang diluluskan.
(2)
Seksyen 13 Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan
Tempatan 1980 [Akta 239] hendaklah terpakai kepada pegawai atau pekhidmat pihak berkuasa pelabuhan yang diambil kerja oleh mana-mana pengendali berlesen menurut rancangan penswastaan yang diluluskan seolah-olah pegawai atau pekhidmat tersebut telah dilantik dengan kelulusan Kerajaan untuk berkhidmat dengan sebuah organisasi selaras dengan seksyen tersebut.