Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 · Updated to 11 Apr 1991 · Bahagian II · Depositori Pusat
10. Section 10
Feedback & supportSesuatu depositori pusat hendaklah memberi Pendaftar apa-apa bantuan yang semunasabahnya dikehendaki-olehnya bagi pelaksanaan fungsi-fungsi dan tugas-tugasnya di bawah Akta ini.
Pendaftar adalah berhak pada setiap masa yang munasabah mendapat akses yang penuh dan bebas kepada mana-mana bahagian premis sesuatu depositori pusat bagi maksud memastikan pematuhan Akta ini.
Seseorang yang enggan atau gagal, tanpa alasan yang sah, memberi/Pendaftar akses kepada mana-mana premis yang disebutkan dalam subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi/lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.