Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 · Updated to 11 Apr 1991 · Bahagian II · Depositori Pusat
5. Section 5
Feedback & supportMenteri boleh secara bertulis meluluskan sesuatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen 4 bagi penubuhan dan penyenggaraan suatu depositori pusat jika dia berpuas hati—
bahawa suatu bursa saham adalah suatu pemegang syer pemohon; G... AA 942
bahawa kaedah-kaedah pemohon itu membuat peruntukan yang memuaskan—
berkenaan dengan syarat-syarat yang di bawahnya sekuriti-sekuriti boleh didepositkan dengan, dipegang oleh, dikeluarkan daripada, atau dipindahkan dalam, depositori pusat itu;
bagi pemegangan sekuriti-sekuriti yang didepositkan dengan depositori pusat itu atau syarikat namaannya;
bagi pemprosesan urusniaga-urusniaga sekuriti-sekuriti telah-deposit;
bagi memudahkan penyelesaian sekuriti-sekuriti telah-deposit;
bagi perlindungan kepentingan-kepentingan pendeposit-pendeposit dan perlindungan dan pengawalan maklumat mengenai sekuriti-sekuriti telah-deposit dan urusniaga-urusniaga berkenaan dengannya;
bagi mengawasi pematuhan, dan bagi penguatkuasaan, kaedah-kaedah depositori pusat itu;
berkenaan dengan penyenggaraan polisi atau polisi-polisi insurans, dan penubuhan dan penyenggaraan kumpulan-kumpulan wang pampasan, bagi maksud menyelesaikan tuntutan-tuntutan oleh pendposit-pendposit terhadap depositori pusat itu, syarikat-syarikat namaannya dan ejen-ejen depositori diberikuasanya; dan
pada amnya bagi menjalankan urusan depositori pusat itu dengan memberikan perhatian yang wajar kepada kepentingan awam; dan
bahawa penubuhan dan penyenggaraan depositori pusat itu akan menggalakkan perkembangan positif pasaran modal di Malaysia dan bahawa kepentingan orang awam yang berurusniaga dengan sekuriti-sekuriti telah-deposit (sama ada atau tidak disenaraikan di suatu bursa saham) akan tercapai dengan pemberian kelulusannya.
Menteri boleh, dalam meluluskan mana-mana permohonan di bawah subseksyen (1), mengenakan—
kehendak-kehendak berkenaan dengan modal berbayar atau modal dibenarkan depositori pusat itu;
syarat-syarat berhubungan dengan pemegangan syer anggota-anggota depositori pusat itu; dan
apa-apa kehendak atau syarat lain sebagaimana yang difikirkannya sesuai. (3)...