Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Act of Parliament

Sedition Act 1948

Feedback & supportPunishing sedition

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 015bSection 015b

fm Page 1 Monday, March 27, 2006 1:10 PM

DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH

MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD

CAWANGAN KUALA LUMPUR

2006 2

Pertama kali diperbuat…

…

…

1948 (Ordinan No. 14

tahun 1948)

Disemak

…

…

…

…

…

1969 (Akta 15 m.b.p.

14 April 1970)

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama

…

…

1992

Cetakan Semula Yang Kedua

…

…

1999 015b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 1:10 PM

3

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hasutan 1948.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini—

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan mana-mana Negeri di Malaysia;

“menghasut” apabila dipakai bagi atau digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau apa-apa benda lain menjadikan perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu sebagai yang mempunyai kecenderungan menghasut;

“penerbitan” termasuk semua perkara bertulis atau bercetak dan segala benda sama ada atau tidak serupa jenisnya dengan perkara bertulis atau bercetak yang mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat atau yang mengikut rupanya, bentuknya atau dengan apa-apa cara lain boleh menggambarkan perkataan atau gagasan, dan juga termasuk tiap-tiap naskhah dan keluaran semula atau keluaran semula substansial apa-apa penerbitan;

“perkataan” termasuk apa-apa ungkapan, ayat atau bilangan perkataan atau gabungan perkataan yang berturut-turut yang lain, sama ada secara lisan atau bertulis;

s 015bSection 015b

fm Page 5 Monday, March 27, 2006 1:10 PM

6

Undang-Undang Malaysia

“Raja” ertinya Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang di-Pertua Negeri mana-mana Negeri di Malaysia.

(1)

Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan—

(a)

bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;

(b)

bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu;

(c)

bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana

Negeri;

(d)

bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri;

(e)

bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau

(f)

bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan

Bahagian III

Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.