Seksyen 10
Kuasa mahkamah untuk melarang pengedaran penerbitan menghasut
Apabila atas permintaan Pendakwa Raya dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa pengeluaran atau pengedaran sesuatu penerbitan menghasut mungkin, atau, jika dimulakan atau diteruskan, akan membawa kepada keganasan yang menyalahi undang-undang, atau didapati mempunyai tujuan untuk mengembangkan perasaan permusuhan antara golongan atau ras masyarakat yang berlainan, mahkamah hendaklah membuat suatu perintah (dalam seksyen ini disebut “perintah larangan”) melarang pengeluaran dan pengedaran penerbitan itu
(dalam seksyen ini disebut “penerbitan larangan”) dan menghendaki tiap-tiap orang yang mempunyai mana-mana naskhah penerbitan 015b.fm Page 11 Monday, March 27, 2006 1:10 PM
12
Undang-Undang Malaysia larangan itu dalam milik, kuasa atau kawalannya supaya segera menyerahkan tiap-tiap naskhah itu ke dalam jagaan polis.
(2)
Sesuatu perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat ex parte atas permintaan Pendakwa Raya dalam kamar.
(3)
Memadai jika perintah itu memperihalkan penerbitan larangan itu dengan sedemikian rupa yang akan membolehkannya dikenali oleh seseorang yang munasabah yang membandingkannya dengan perihalan dalam perintah larangan itu.
(4)
Tiap-tiap orang yang kepadanya suatu salinan perintah larangan disampaikan oleh mana-mana pegawai polis hendaklah segera menyerahkan tiap-tiap penerbitan larangan yang ada dalam milik, kuasa, atau kawalannya kepada pegawai polis itu, dan jika dia tidak berbuat demikian, dia melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(5)
Mana-mana orang yang mendapat tahu bahawa sesuatu penerbitan larangan ada dalam milik, kuasa, atau kawalannya hendaklah segera menyerahkan tiap-tiap penerbitan itu ke dalam jagaan polis, dan, jika dia tidak berbuat demikian, dia melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(6)
Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, sama ada sebelum atau selepas atau tanpa penyampaian perintah larangan itu kepada mana-mana orang, mengeluarkan suatu waran membenarkan mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor untuk memasuki dan menggeledah mana-mana premis yang dinyatakan dalam perintah itu, dan untuk menyita dan membawa pergi tiap-tiap penerbitan larangan yang dijumpa di situ, dan menggunakan apa-apa kekerasan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu. Suatu salinan perintah larangan itu dan suatu salinan waran geledah itu hendaklah ditinggalkan di suatu tempat yang mudah dilihat di tiap-tiap bangunan atau tempat yang dimasuki sedemikian.
(7)
Pemunya mana-mana penerbitan larangan yang diserahkan atau disita di bawah seksyen ini boleh, pada bila-bila masa dalam tempoh empat belas hari selepas penyerahan atau penyitaan itu, membuat petisyen di mahkamah bagi pembatalan perintah 015b.fm Page 12 Monday, March 27, 2006 1:10 PM
Hasutan 13
larangan itu, dan jika setelah mendengar petisyen itu mahkamah memutuskan bahawa perintah larangan itu sepatutnya tidak dibuat, hendaklah membatalkan perintah itu dan hendaklah memerintahkan supaya penerbitan larangan yang diserahkan oleh atau disita daripada pempetisyen itu dipulangkan kepadanya.
(8)
Tiap-tiap penerbitan larangan yang diserahkan atau disita di bawah seksyen ini yang berkenaan dengannya suatu petisyen tidak difailkan dalam masa yang disebut terdahulu atau yang tidak diperintahkan supaya dipulangkan kepada pemunyanya hendaklah disifatkan terlucut hak kepada Kerajaan Persekutuan.
(9)
Bagi maksud seksyen ini “mahkamah” ertinya Mahkamah
Tinggi.