Skip to content

Seksyen 13

Berjumpa selepas pengantunan kanak-kanak

of Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

ActIn forceProvision 13 of 31
Seksyen 13
(1)

Mana-mana orang yang, setelah berkomunikasi melalui apa-apa cara dengan seseorang kanak-kanak, membuat perjalanan untuk berjumpa dengan kanak-kanak itu atau berjumpa dengan kanak-kanak itu dengan niat untuk melakukan atau untuk memudahkan pelakuan mana-mana kesalahan di bawah seksyen 5, 6, 7, 8, 14, 15, 15A atau 15B atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual terhadap kanak-kanak itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

(2)

Dalam mana-mana prosiding di bawah seksyen ini, fakta bahawa mana-mana kesalahan di bawah seksyen 5, 6, 7, 8, 14, 15, 15A atau 15B atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual telah dilakukan tidak perlu dinyatakan atau dibuktikan.

(a)

A berkomunikasi dengan Z, seorang kanak-kanak melalui media sosial dengan berpura-pura menjadi seorang remaja dan memupuk hubungan cinta dengan Z. A mengambil langkah selanjutnya dan berjumpa dengan Z dengan niat untuk menggunakan Z dalam pembuatan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.

(b)

A berkomunikasi dengan Z, seorang kanak-kanak melalui e-mel dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan Z. A mengambil langkah selanjutnya dan berjumpa Z dengan niat bahawa C dan B, iaitu kawan

A boleh merogol Z. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini.